Sarang tahun 2015



Tetiba ada gambar sarang. Hahahaha. Saje pembuka bicara tahun 2015 gitu.

Allahuakhbar.. lagi seminggu dah masuk bulan April. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik mata saje kan.

Seperti biasa saya ada beberapa minit je nak menulis. Skrang mind saya sedang mengembangkan idea nak start menulis sebab sudah lama tak menulis.

Haihh sejak handphone LENOVO VIBE Z K910L pemberian suami tercinta itu habis crack touchscreennya, mood saya dengan dunia maya ni tak kira la wassap ka.. telegram ka.. fb ka.. semua dah ke laut. Bukan itu saje, saya punya SURFACE juga crack. Uwaaa.. FRUST!! Skrang mmg gadget saya semua dah takde. Biarlah...

Sekrang saya guna PC... ya.. old fashion. Sedap pakai keyboard ni hah drpd touch screen. Dah lama juga saya tak pegang PC.

Al-kisahnya... saya sangatlah busy. Tak tipu mmg busy. Saya lah supir, saya lah bibik, saya lah tukang masak, sayalah pengasuh, guru, etc. Ya.. saya masih suri rumah sepenuh masa menjaga super hero yg 5 orang itu.

Saya memang tak sempat nak pegang PC atau bersosial bagai. Sebab saya ada insan2 yang lebih priority yang sangat memerlukan saya. Siapa lagi anak2 saya la kan.

Lagipun MIL saya duduk dengan saya dekat 3 minggu. Dia duduk plak dlm bilik PC ni. Jadi mmgla saya tak guna PC lama2. Seganla kot tengok menantu 'bergayut' kat PC lama2 kan. Takpe.. saya tahu MIL saya OK.



Business Shaklee? Yupe.. saya masih proceed menolong kawan2 yang memerlukan advise saya. Saya bukanlah pakar farmasi or doktor, tapi saya advise base on pengalaman saya.

My Ketenangan

Tahun nie Firman darjah 6. Memandangkan dia nak periksa UPSR tahun ni, saya kenalah fokus dan mengambil berat dengan pelajaran dia. Bukan dia saje, anak2 yang lain juga. Saya bagi tahu anak sulong saya ni, Mama tak kisah Firman dpt berapa A pun janji Firman berusaha yang terbaik untuk masa depan Firman.

Firman dan Opah
Firman terpaksa berhenti Sekolah Rendah Agama pada tahun ni kerana kepenatan yang melanda diri dia pada tahun lepas menyebabkan dia kerap sakit. Mana tidaknya, balik je sekolah terus ke sekolah agama. Takde rest. Baju sekolah agama salin dalam kereta. Saya rasa tak boleh jadi. Alhamdulillah, pada tahun ni saya hantar dia mengaji dan belajar Fardu Ain. Bagi saya, setiap harinya mesti dengan Al-Quran. Alhamdulillah.. Allah menolong saya menyelesaikan masalah ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Matlamat saya semoga Firman sihat, berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi insan yang beriman. Syukur tahun ni masih sihat dan kalau sakit pun sket2 je dan albumin dlm urine dia masih OK. 

Ryan looks totally like me..
Haih.. nak update citer sorang2 panjang gak la kan. OK takpe.. saya update ni dulu. Nanti saya tulis lagi. Banyak nak citer.. tapi tunggu lepas ni.

Adios.


Comments