Aktiviti STAY AT HOME MOTHER..

HAPPY BIRTHDAY

Dua kali saya terlepas entry birthday. Yupe.. satu birthday Emran yang ke 5 dan satu lagi birthday saya yang ke 37. Huuhuuhu.. ku sudah tua. 

Birthday Emran pada 31 Oct yang lalu dan saya 5 November. Macam tak percaya je dah 37.. ohh

Alhamdulillah.. Papa bermurah hati membeli kek yang sedap yummy. Sorry tak buat kek sendiri tak sempat sbb nak jaga ramai hero-hero ni.

Emran rasanya 1st time appreciate ada kek sendiri sempena birthday dia. Tak habis2 dia bagitahu kek dia. Yang Erfan plak excited kek tu macam kek dia. Setiap kali nak potong kek, dia yang interfrem. Hahahah. Haishh.. anak2. 
                     

Masa birthday Emran
Masa birthday Mama. Potong kek pkl 11pm. 

Aktiviti Jalan-Jalan

Pergi ke Stall Pak Wan Seksyen 7 Shah Alam

Johnnys USJ
Ke SDMC follow up utk Firman
Scene captured by Ryan. Ginilah Mama jaga 5 org budak masa bawak jalan.
Mama and the kids
Menonton Big Heroes 6 dengan 5 orang anak2

Honestly bukan senang dan banyak masa free bila duduk di rumah. Saya rasa, masa saya adalah sangat padat bila duduk di rumah. Namun saya syukur, saya bebas daripada traffic jam yang saya faced selama bertahun2 hidup di bandar Selangor ini.

Pagi saya seawal 5 pagi dan saya terpaksa mendirikan solat sunat terlebih dahulu. Saya inform ini bukan saya nak menunjuk-nunjuk. TIDAK sama sekali. Saya terpaksa sebab ia ialah kunci kemudahan saya. 

Saya pernah tidak solat pada waktu pagi akibat mengantuk.. malas etc. Nak tahu apa terjadi? Seharian saya adalah sangat bermasalah. Ada saja yang tak kena. Contohnya, anak-anak buat perangai. Then, saya plak asyik sakit atau anak2 sakit. Badan terasa malas. Atau ada saje incident2 yang tak best berlaku. Betul!! Saya tidak tipu. Jadi apa yang saya TERPAKSA buat ialah solat tahajud, solat taubat, solat hajat dengan berdoa kepada Allah demi memudahkan urusan saya.

Bayangkan saya tidak kerja. Saya tiada duit. Kegelisahan sentiasa berlaku. Hidup saya tidak macam dulu. Sebulan adalah 2 3 ribu. Ada lebihan nak bawak anak2 pergi KFC ke.. MCD ke.. etc. Paling best pergi sale sale untuk membeli belah baju2 anak2. Just name it.. ada masa saya akan pergi beli. Ada duit. Now.. saya tidak ada xtra money untuk itu. Sedih... Saya rasa berapa bulan jugakla saya nak adapt dengan situasi macam ni dan menangis-nangis depan Husband saya. 

Tapi tula.. hati saya tidak ada lagi untuk pergi bekerja. Baru saje nak apply kerja, saya teringat anak-anak. Siapa nak jaga mereka? Saya tidak mahu pulang pukul 9-10 malam lagi. Saya ada 5 orang anak. Apa yang saya nak kejar jika saya bekerja?

TERPAKSA. Setiap hari dan setiap subuh saya terpaksa berdoa dan terus berdoa supaya Allah murahkan rezeki saya. Saya berdoa semoga Allah murahkan rezeki suami saya. 

Teringat dulu-dulu. Pkl 6 pagi saya dah kelam kabut untuk ke tempat kerja. Siapkan anak-anak itu ini. Husband saya menolong hantar anak-anak ke kereta. Anak2 masih kecil dan sedang nyenyak tidur. Tak sempat pun mereka nak buka mata dan bermanja2 ngan mama dan papa mereka. Kalau anak2 buat perangai, saya plak mengamuk sebab nak kejar masa menuju ke office pada pukul 8 pagi ditambah ngan traffic jam bagai. Yer.. begitula saya dulu. Sedih dan terharu mengingati kisah dulu.

Sekarang.. Allah telah memakbulkan banyak doa saya. Allah beri masa yang banyak kepada saya yang saya harus gunakan sebaik mungkin. 

Saya bangun pagi tidak serabut mcm dulu. Anak2 saya layan dengan penuh kasih sayang namun adalah agak kalut melayan ramai anak2 kecil yang kejap nak makan, nak berak, nak kencing, yang makan tumpah,.. sabar-sabar. Nasib baik mak mereka yang jaga. Kalau orang lain jaga, mesti orang pun stress. 

Saya juga dapat melayan suami saya sebaik mungkin.. Siapkan makan minumnya. Dapat cium tangan sebelum dia pergi kerja. Suami saya juga dapat peluk anak2 nya sebelum pergi ke tempat kerja. Alhamdulillah.. 

Menambah pendapatan

Namun, jauh di hati saya seronok melihat kejayaan kawan-kawan di Facebook. Yang kerja dapat outstation ke sana sini. Yang ada bonus dapat shopping itu ini. Bestnya... Ya, saya dah melalui situasi itu. 

Walaupun suami saya bekerja, saya tidak mahu menyalahgunakan duit suami saya. Saya rasa bersalah jika saya menggunakan duit nya kerana dia penat bekerja untuk menyara keluarganya.

So, apa yang saya buat ialah tolong kawan-kawan yang nak sihat. Untuk tidak mendown gradekan otak saya duduk di rumah.. saya enjoy membuat business Shaklee yang saya rasa tidak langsung menjual. 

Saya memang tidak pernah menjual dan saya tidak suka menjual. Tapi dengan ilmu Shaklee yang saya perolehi daripada group saya, saya seronok share tentang ilmu kesihatan. 

Kalau orang ingin membeli melalui saya, syukur Alhamdulillah. Bagi saya, saya belajar itulah rezeki daripada Allah yang Allah menggerakkan hati seseorang itu untuk membeli dengan saya. 

Maka saya amalkan solat Dhuha semoga Allah murahkan rezeki saya. Syukur Alhamdulillah.. tetiba ada orang yang bertanyakan saya tentang set itu dan set ini. Mula saya baca dan membaca untuk menambah ilmu semoga mudah saya untuk explain kepada orang.

Saya tidak mampu untuk menjual dan bertemu orang jika saya terpaksa meninggalkan anak2 saya. Priority saya ialah anak-anak. Sebab itu saya MINTA MAAF kepada kawan-kawan yang ajak saya buat business itu ini kerana saya meneliti dahulu apa yang saya perlu buat jika saya terpaksa join business tersebut. Semua business adalah OK.. janji HALAL kan. 

Akhir sekali saya memilih business SHAKLEE ini kerana bagi saya, ia adalah yang terbaik untuk saya dan so far saya mampu menguruskannya. 





Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya skrang. Namun banyak perkara saya perlu belajar lagi untuk memaksimumkan potensi diri saya sebagai seorang ibu, isteri, anak dan terutamanya sebagai hamba Allah. 

Saya tidak mahu mensia2kan hidup saya. Saya akan berusaha mendidik anak2 saya sebaik mungkin semoga mereka menjadi insan yang terbaik dunia dan akhirat dan dapat memanfaatkan untuk orang lain. Insya Allah.

Sekian celoteh saya pada pagi ini.


Comments

  1. Ya, terima kasih kak Ja kerana perkenalkan Shaklee di sini. Sekarang saya beli sendiri sebab dah kerap lalu di Seberang Prai. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... teruskan consume Shaklee untuk kesihatan,

    ReplyDelete

Post a Comment