Tips Menang Peraduan

Alhamdulillah..

Rezeki berpihak kepada saya. Best tu Kidzania. Bukan murah satu tiket dia tau. Saya menang 4 tiket.

Pemenang diumumkan melalui sms dan seterusnya pihak organizer telah call melalui handphone. Excited!!

Syukur. Tapi apakan daya.. tarikh event ialah sehari sebelum Hari Raya Haji. Maka, saya terpaksa let go tiket tersebut. Call adik saya, Alhamdulillah.. dia nak pegi. Dia pun tak pernah pergi lagi.

Saya memang suka masuk contest

Sejak kecil saya suka masuk sebarang peraduan. Family saya sudah sedia maklum akan hobi saya ini. Dulu masa zaman sekolah juga, saya selalu menang macam2 hadiah. Buku cerita, pensil, alat tulis, hamper, etc. Saya rasa semuanya atas sokongan Bapak saya juga yang rajin melayan saya. 

Minat masuk contest bermula  masa saya darjah 2 bila ibu saudara saya, yang saya panggil Mak Tiah menyuruh saya menulis sebuah karangan pendek dan katanya dia akan hantar ke majalah Bintang Kecil. Darjah 2 maksud nya tahun 1985 ok. Bintang Kecil ialah majalah terbitan Karangkraf tak salah saya dan skrang dah takde lagi dah. 

Ok.. dipendekkan citer.. karangan saya tersiar dalam majalah. Maka saya sangat happy. Sejak itu, saya suka beli majalah.. Mana2 majalah yang ada peraduan saya akan masuk. Bambino, Dewan Pelajar, Kuntum... saya masuk jer tak kiralah cipta slogan, karangan, mewarna, etc. 

Bukan setakat peraduan majalah saje, saya juga pernah menang pertandingn mewarna. kagum melihat hasil gambar bewarna di dinding supermarket, saya berkata pada diri saya, one day hasil saya akan gantung di sini.  Saya yang tak pandai mewarna belajar mewarna. Tiap2 hari saya practise mewarna. Akhirnya, tak sangka, saya terpilih masuk final untuk pertandingan mewarna di supermarket itu. Last sekali menang saguhati dapat piala dan hamper. Jadilah dengan takde pengalaman kan... Yang penting, hasil saya tergantung di muka pintu supermarket. 

Bila dah besar pula, saya pernah masuk Roda Impian. Teringat lagi saya hantar kad penyertaan dengan buat kad berwarna warni. Janji kena kreatif. 





Namun, saya tidaklah hebat mana pun. Ada kawan saya lagi sangat bertuah. Macam2 pertandingan dia masuk dan paling besar hadiahnya kereta. Ezna ni ialah ex-jiran saya. Wahh.. ex-jiran mendapat aura sama. Saya pun nak berguru ngan Ezna.



Saya pernah menang byk hadiah tapi tidakla besar mana pun. Paling besar pun ialah TV 32 inci  dan baru2 ini saya menang Camera Sony A500. Yang terbaru ialah di bawah ini.

Baca kisah contest yang saya masuk tapi tak menang apa pun.




TIPS UNTUK MENANG PERADUAN

1. Prinsip saya ialah masuk je. Menang tak menang lain citer. Kalau kita tak masuk, kita confirm tak menang kan. Jadi kita masuklah, ada rezeki insya Allah menang.

2. Law of Attaraction. Saya suka tengok.. Hadiah Utama?? Hadiah Pertama?? Tapi yelah.. hadiah itu pemangkin untuk saya menyertainya. Selalunya, saya menang setakat saguhati saje.

3. Niat baik. Saya banyak menang tiket. Niat saya menang nak share ngan orang.  Masa saya tulis atau type borang penyertaan mesti dlm hati saya kata, menang nak pergi ngan adik-adiklah. So far kalau niat saya baik, insya Allah menang.

Sekian cerita saya untuk hari ini.

Comments

  1. Ya Allah... tak pernah jumpa orang share tips menang peraduan!

    Terima kasih ye Pn. Marfuza!!!

    Terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. Memang betul cakap kamu Marfuza, selalunya akak tak masuk pertandingan sebab dah quit sebelum try pun. 'Biawak' mai cakap alah bukan boleh menang pun beribu org masuk lah..alah ciput aje hadiah dia, tak berbaloi..
    Sekarang ni kena kick biawak tu lah...masuk utk menang utk kongsi dgn org lain..

    ReplyDelete
  3. Sharing is Caring Azman...

    Kak June.. percaya ke tak percaya.. buat je.. konsep lebih kurang kan. Tapi bab business nak kena banyak belajo.. huhuuh.

    ReplyDelete

Post a Comment