Saya dan blogging part 2

BERKAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIAR SATU

Saya ada kawan sekolah, kawan di kolej, kawan kerja lama dan juga kawan internet. Inilah kategori kawan saya. So,  kalau ada antara kawan2 saya datang rumah, bila Mama saya bertanya.."Kawan mana ni Ja?". Saya akan specifickannya. Masya'Allah.. saya rasa bersyukur kerana Allah kurniakan saya kawan yang sangat ramai.

Saya nak cerita bagaimana dengan blogging membuat saya mendapat ramai kawan. Ada yang  merupakan kesalahan tetapi itulah realiti.


Saya dapat melihat perbezaan memblogging 10 tahun dahulu dengan yang sekrang. 

Pada saya mula memblogging, saya dapati blog saya mudah mendapat rate tinggi. Saya seronok dan saya wondering kenapa ramai sangat pelawat. 

1. Link blog orang (OK)
Kalau dulu, blog yang saya suka je saya link. Saya suka buat lawatan.. saya suka bagi komen. Then, orang tu datang balik dan komen terima kasih balik kepada saya. Ooohh saya sangat suka. Makin hari saya mengikuti kisah orang itu dan sedikit sebanyak kisah dia macam sama dgn saya. Lama2 kami pun menjadi kawan.

2. Aku
Ayat dulu dalam blog saya mmg tak sama mcm skrang. Dulu saya sangat bersantai ketika menulis. Belasah saje. Saya memang guna "Aku". Jadi bila guna aku.. terasa mcm bercerita dengan kawan. Jadi blog saya macam panjang berjela. Skrang? Ntah.. Saya rasa penggunaan kata ganti nama diri "saya"... adalah lebih bersopan. Tak kisahlah. 

3. Cerita artis
Ini memang memberi rating yang tinggi. Tau tak dulu saya suka ambik cerita di ruangan gossip di cari.com.my. Saya save gambar dan saya copy paste je citer tu dlm blog saya. Rating saya dalam ruangan gossip pun agak tinggi. Hahahhha. Sbbnya ada sesuatu citer tak boleh nak access unless kita dah senior di dalam itu. Cerita di dalam forum itu selalunya adalah benar belaka. Ramai wartawan sebenarnya ambik berita daripada situ. Dan ada juga artis2 yang menyamar di dalam nya. Kakakkaka. Tapi saya taknak buat kerja ni lagi dah. Saya dah bertaubat. Saya rasa menceritakan kisah orang adalah seperti membuka aib orang. Insaf.


Saya rasa 3 faktor di ataslah membuat blog saya memberi rating tinggi. 

SETERUSNYA...

(i)
Then ada satu fasa pula saya suka sharing bahan-bahan agama. Lagipun hati saya ke arah itu sekitar tahun 2010. Masya Allah. Percaya lah saya, sharing perkara2 begini membuat hati saya sangat tenang. Saya pula gemar membaca blog2 yang sebegitu dan pada masa itulah saya mengenali Prof Muhaya, Prof Kamil, Hilal Asyraf, etc. 

Lepas saya baca saya tulis dalam blog. Prof Muhaya pernah kata if kalau kita tulis benda yang baik dan orang mengamalkannya, kita akan memperolehi pahala juga. Masya Allah. Pada masa itu saya mula menulis perkara2 baik dan idea saya datang sangat mencurah2.

(ii)
Pada masa itu juga saya suka menonton Naruto. Ini disebabkan pengaruh Tok Laki saya dan anak2. Setiap hari Khamis saya tak sabar tunggu membaca Manga dan hari Jumaat pula episod terbaru. Bagi saya Naruto memberi saya satu semangat. Pada saya untuk berjaya dan hebat kita hendaklah sabar dan berjuang. Then saya dapat rasakan, pengalaman yang pahit pada masa lampau menjadikan seseorang itu hebat serta matang. Hhhhmm..itulah yang diterapkan dalam animasi Naruto ini. Actually banyak lagi yang saya dapat feel bila menonton Naruto. Namun kini, saya dah stop mengikuti kisah Naruto disebabkan faktor masa saya. Tapi saya tetap suka Naruto walaupun saya ni mak budak yang berusia 37 tahun. Hahaha.


(iii)
Cerita anak-anak. Saya suka mengambil gambar anak2 dan apa saje memori yang comel pada masa tu untuk diletakkan di dalam blog saya. Kalau saya malas tulis di FB, saya letakkannya di dalam blog. Lagipun semasa saya di office saya tak boleh nak access FB so untuk menulis di dalam blog adalah senang sebab melalui Microsoft Word pun saya boleh send entry saya. Dalam malas2 nak cari idea semasa buat kerja, saya tulis lah blog.

Saya juga share tentang kisah Firman dengan penyakitnya, Nephrotic Syndrome dengan niat untuk berkongsi kisah penjagaannya dan pengalaman saya.

Berbalik kepada kawan-kawan. 

Alhamdulillah.. berblogging menyebabkan kita berjaya memupuk silaturahim dengan ramai orang. Saya tak sangka, ada kawan2 lama saya secara diam mengikuti blog saya. Malu sebenarnya kalau orang membaca citer merepek saya ini. Saya juga risau bila orang baca especially bab agama mereka cop saya macam bagus la apala. Niat saya takde nak riak semua. Saya hanyalah insan yang sangat jahil. Saya ingin belajar dan menjadi baik. Blog adalah medan untuk saya sharing dan meluahkan perasaan. Kalau salah, saya rela di kritik. 

Tapi dulu saya pernah di kritik di dalam blog. Saya sedih. Emosi tak stabil. Aargghh biasalah zaman Dinasour kan. Bila rasa dikritik terus tutup blog. Lantas saya dapat email.. sms... kenapa Ja tutup blog? Hahhaha. Atas semangat daripada kawan2, saya bukak balik dan menulis balik. Waahh.. dasyat juga penangan blog ni yer.


Mengenali MariaFirdaus

Menerusi blog, saya mengenali Maria Firdaus. Saya mengikuti kisah adik2 ini pada awal tahun 2012 tak salah saya. Saya terjumpa kerana kisah Haji dan Umrah kerana penulisannya adik Firdaus ni menyebabkan saya rasa tenang dan membuatkan saya nak pergi ke Mekah Madinah lagi. Ini disebabkan banyak ilmu yang dia sharing dan saya ingin melakukannya semula. Bagi saya, karisma dan kredibliti dia dan isterinya membuat saya terasa ingin jadi seperti mereka. Masya Allah.. tak sangka hanya dengan join rakan Shaklee, saya dah menjadi kawan mereka. 



Alhamdulillah. Saya yang sebenarnya tiada niat untuk berniaga terinspirasi untuk berniaga. Dengan tak pasal2 membeli ESP daripada MARIA yang pada masa itu Maria baru saje belajar2 sharing. 

 Kata2 dia di dalam blog Maria FIRDAUS membuatkan saya terfikir.. why not?? Sememangnya saya hidup biasa2 saje dan berada di dalam comfort zone. Mereka mengingatkan saya, kenapa kita perlu KAYA?! 

Saya juga tak pasal2 mengenali Dr Azizan. Cuma saya belum berpeluang menyertai kelas Dr Azizan. Insya Allah, one day kalau ada masa dan rezeki mudah2an Allah memberi keizinan kepada saya untuk mendapat ilmu daripada beliau.


Alhamdulillah.. skrang saya belajar berniaga seperti yang diajar oleh adik Firdaus. Disebabkan niat dia untuk menolong orang, dia sanggup membuat kelas untuk mengajar kami. Dan kemunculan blog saya ini semula kerana semangat yang diberikan olehnya apabila dia berjaya mencapai ranking MASTER dalam Shaklee selepas 9 bulan membuat business Shaklee. Sedut dan hirup nafas.. Uuummmm  Aaahhh. 


Saya kena jadi seperti mereka!!!

MJ Forever tetap bersama

Banyak kali saya bercerita tentang MJ. Tapi merekala kawan2 saya yang saya rasa hidup sampai skrang kesan daripada blogging dan fotopages. Disebabkan mempunyai masalah yang sama, interest yang sama.. Alhamdulillah kami berkawan sejak drpd tahun 2004 sehinggalah skrang.






Semoga kami terus menjadi kawan dan kekal abadi sehingga ke Jannah. Love you all!!!

Skrang dah ada FB, Twitter, Instagram.. bagi saya ntahlah.. ramai yang kurang membaca blog. Orang baca tapi baca yang berilmiah saje. Yang merepek menulis di dalam blog saya rasa kurang mendapat sambutan. Kalau orang google pasti nak mencari solusi atau bahan2 yang bermanfaat. Takdelah blogwalking membaca citer merepek orang. Betul tak?? 

So setakat ini jelah cerita saya dan blogging. Sebelum nak menulis blog.. kena berfikir dulu.. WHY BLOG? Niat kena baik dulu.. jauhi drpd perasan dan tunjuk bagus. Sebenarnya dulu saya ada perasaan begitu juga. Hahhaha.. Now.. shuuuhhh jauh2. 


Sekian setakat ini. Tata. 

Comments

  1. saya suka baca ni hehe.. teruskan menulis blog jgn stop yerr :D

    ReplyDelete

Post a Comment