Saya dan blogging Part 1



Tetiba rasa nak menulis tentang blog. Saya sudah lama tak memblogging. 

Hobi saya memang suka menulis sejak daripada dulu lagi. Saya suka bercerita. Dulu saya suka menulis surat. Menulis jurnal. Saya suka ambil gambar dan semuanya dibukukan dalam buku jurnal saya. Saya akan balut buku tu dengan pembalut hadiah yang cantik2 dan plastik juga. 


Pen warna jangan cakap. Highlighter, pen kilat2, kad colour, etc. Set stationery saya adalah lengkap. (Skrang buku tu semua dah hilang akibat berpindah randah). Err sebenarnya semua buku2 tu dah buang dalam tong sampah akibat putus cinta gitu. Hahhha.




Ini adalah 1st attempt blog yang saya buat pada tahun 1999. Peh masih ada di laman maya. Saya cuba access tripod.lycos ini melalui username dan password saya. Tidak berjaya. Nampaknya page ini akan terus bersawang di alam cyber sampai serves lycos tutup la kot. 

Tiada siapa yang ajar saya buat homepage. Saya belajar sendiri tentang knowledge html melalui trial and error. Software yang saya guna ialah Frontpage. Aaarghh susah giler nak buat homepage. Jeolous tengok orang buat blog dan homepage cantik2 kat internet. Berjam-jam saya menggodek internet nak belajar. Hasilnya macam homepage colour hijau kat bawah ni lah. 


Masa nak scan gambar, saya sanggup pergi ke kedai komputer untuk scan. 1 gambar Rm1. SAnggup je. Semata2 nak masukkan gambar dalam blog. 


Tengok bawah ni.. nak fikir tajuk blog punya pasal. The Beat Goes On.. omputih gitu. Kekkekeke. Masa tu kan cita2 nak buat blog dan dapat award blog tercantik. Yela tu. Ntah.. tepek visitors punya HTML. Aarrghh x ramai masuk blog saya kecuali saya la yang keluo masuk. Tapi happy la tengok orang yang masuk walaupun 1. Kakakka. 


Niat nak memblogging?

Nak show off. Hahahah!!! Takdelah. Sebenarnya saya suka sharing melalui menulis. Saya suka menulis apa saja. Suka dan duka. Menulis membuat saya happy dan lega. Once saya say it, saya rasa tak perlu untuk citer kat orang lagi. Atau bila saya sudah menulis, ayat saya tersusun je semasa berbicara. 


Sebenarnya saya malu nak suruh orang baca apa yang saya tulis. Kalau orang dah baca, diam!! Jangan ungkit. Kkeke. Tolong buat bodo tau.

Saya menggunakan nama samaran saya iamja. I am Ja. Memang orang yang rapat paggil saya Ja. Sekolah dan kolej dan sampailah tempat kerja pertama saya semua orang panggil Ja. 

Malangnya sebab atas masalah tertentu di sekitar tahun 2002-2003.. saya malas nak menulis blog. Jadi ntah macam mana bila saya nak buka blog dan menggunakan iamja semula, username tu orang dah ambik. Sedih.. tapi padanla muka kan. Jadi kekalla hanya iamja77 sehingga skrang. 

Saya menulis di dalam blogger pada tahun 2001. Tapi masa tu blogger tak banyak function macam skrang. Nak upload gambar pun payah. Ditambah lagi saya tiada digital camera. Nak memilikinya pun mahal sangat. 

Syukur saya dapat free digital camera yang tak berapa nak canggih yang hanya ada 2MP saje. Kualiti gambar dia kira OKlah. Bila dah ada kamera tu syoklah bukak Fotopages. Di situlah saya mula berceloteh. 

Kemudian saya membeli camera ini. Mahal tau. Nak memblogging punya pasal. Jeolous tgk orang ada gambar cun-cun. 

Ini blog saya yg saya simpan. Blog pada tahun 2004. Saya tak publish dah. Tapi ada la lagi dlm akaun blogger saya.   Masa tu Google dah beli Blogger. Jadi syoknya semua data blogger masuk dlm akaun Google. Takyah copy satu2. Entry pada tahun 2001-2003 saya dah terdelete. Aaargghhh tension tau.   Ooohhh dunia semakin canggih. 


Ini adalah sebahagian drpd entry drpd fotopages saya yang lama menggunakan firhifja.fotopages.com. Pun saya tak publish lagi sbb banyak sawang.  



Seronok juga bila baca balik kisah zaman dulu2. Tengok semula gambar2 dan baca tulisan saya yg banyak merepek pun nak tergelak.  


Ini adalah entry yang saya tulis semasa Firman admitted di SJMC disebabkan Nephrotic Syndrome. Sedih sangat masa ni. Rasa macam dunia dah hilang. Syukur Alhamdulillah.. Sesungguhnya terkandung banyak hikmah atas apa yang berlaku. 


Kan saya suka masuk contest. Ini adalah entry yang saya menang tiket menang Disney On Ice. Best sangat.. Tak salah saya 2 kali saya pernah menang contest ni.



Ini plak antara gambar2 dalam koleksi Fotopages. Gambar saya pergi Disneyland Tokyo semasa saya bekerja dulu.


Ini plak antara stok EBM semasa dalam pantang Ryan dulu. Banyakkan susu. Jenuh dulu angkut drpd Taiping balik KL.


Ini gambar saya bersama Tok Laki dan juga bersama Firman dan Ryan. Kurus kami berdua.. 


Gambar2 lama saya juga turut disimpan di dalam FLICKR. Ooohh banyak juga gambar2 koleksi saya. Cari masa saje nak tengok satu persatu.  .


Best  sebenarnya memblogging. Masa dulu kalau ikutkan menulis blog mcm poyo gitu. Banyak yang saya belajar daripada memblogging ini secara tak sedar. Saya belajar buat HTML dan  dengan tak sengaja otak kanan saya menjadi kreatif.


Masa beredar. Orang dah ramai menulis blog. Yg dah lama menulis pasti ramai followers. Medium menulis blog juga banyak seperti wordpess, livejournal, tripad, etc. Namun orang sekarang suka menggunakan Instagram, twitter dan Facebook saje. Lebih ringkas dan senang di access.


Seorang guru pernah beritahu saya. Just write. Tak perlu fikir tentang spelling dan grammar bagai. Sebab terlalu fikirkan begitulah menyebabkan writer's block. Baru buat 2-3 ayat dah sibuk check grammar. Sebenarnya untuk membuat kita otak bergerak, just write. Bila dah settle menulis, barulah susun semula perenggan2 apa yang patut.

Ok.. lepas ni saya akan tulis lagi untuk Part 2.. Blogging mengubah hidup saya.

p/s, Nampak tak saya buat rumah baru? Ini pemangkin untuk saya terus memblogging. Banyak perabot nak kena isi ni. Takpe..nak pi "IKEA" dulu.


Comments