Pengalaman Beranak anak ke 5

Anak ke 5

Harus saya coretkan kisah pengalaman terakhir saya beranak kali ke 5. Kenapa terakhir? Sebab saya dan suami bersetuju untuk ikat. Ikat apa? Ikat peranakan atau BTL (Bilateral Tubal Ligation). Cukup 5 walaupun lelaki. Kami bersyukur dan kami redo. Kami ingin membesarkan anak2 kami dengan penuh kasih sayang.

Pengalaman mengandung anak ke 5 adalah sangat mencabar berbanding dengan mengandung anak-anak yang lain. Cerita ini saya kisahkan di sini.

Sememangnya saya mengalami dugaan dari permulaan mengandung hinggala ke akhir. Itulah sebab atas nasihat doktor saya juga mengambil keputusan untuk ikat peranakan.


Kisah pengalaman Beranak yang lalu juga saya kisahkan di sini.


Walaupun hampir 10 bulan yang lalu namun ingatan pengalaman nya masih segar di ingatan saya. 

Ryan berkaca mata semasa Kem Solat bersama Ustaz DON pada 26 December 2013

Teringat pagi 26hb December 2013, saya hantar Ryan ke Kem Solat di Bangi dan selepas itu saya attend appointment medical check up saya di Hospital Putrajaya. Pada pagi itu juga Dr Hamidah inform saya yang saya kena admit hospital pada malam hari untuk induce. Maksudnya saya akan beranak pada 27hb December 2013. Ohh panik sekejap!!

Sekali lagi, kes saya pada kali ini baby breech seminggu sebelum ini. Sememangnya saya terpaksa beranak pada usia kandungan 38 weeks disebabkan kes Gestational Diabetis. (Nampaknya ke lima-lima anak saya lahir pada usia 38 minggu.. ehh Erfan saje 35 minggu)

Boleh baca kisah ini di Diabetes dan Saya: Part 1 dan Diabetes dan Saya: Part 2.

Tetapi hari check up saya pada pagi 26hb Dec itu, kedudukan baby adalah ok. Insya'Allah saya boleh beranak secara normal kata doktor. Alhamdulillah..saya happy sangat.



Seronok saat ke hospital sebab nak beranak. Tapi kali ini pergi dengan tiada tanda kesakitan. Check in hospital di Hospital Putrajaya pada waktu malam mcm check in kat hotel. Seronok.. berdebar2. Tak sabar nak jumpa baby. Udahla sepanjang scanning tak pernah nampak muka baby.


Keesokkan hari nya, saya bangun awal. Saya mendirikan solat Hajat agar dipermudahkan segala urusan. Saya berdoa semoga baby dapat dilahirkan secara normal.

Pukul 8 doktor tiba dan procedure induce dilakukan. Ok that was 1st time saya kena induce. gggrrrr...sakit juga.


Tiba-tiba, ntah cemana kan semasa nurse sedang monitor heart beat baby dia tak dapat dengar. Check punya check.. kedudukan baby sudah berada pada posisi yang lain. Maksudnya.. baby breech pada saat akhir. Allahuakhbar. Kesakitan akibat ubat induce mula merebak. Sakit ya amat sangat Allah saje yang tahu.

Selepas check, Doktor mengesahkan baby sudah berubah kedudukan melintang. Dalam pada masa yang sama kesan induce adalah sungguhmenyakitkan dan baby tidak ke saluran peranakan. So apa nak buat?? Kena ceaser le lagi. Kali ke 2 kena ceaser selepas beranakkan Erfan. 

Ok. Saya redho. Bagi saya, saya telah berusaha dengan pelbagai cara untuk membetulkan posisi baby dan saya juga berdoa kepada Allah semoga memberi jalan yang terbaik untuk proses beranak saya ini. Kalau ceaser baik untuk aku, Aku redho ya Allah. Mohan dipermudahkan Ya Allah. 

Saya terpaksa menunggu cik Somi untuk dia menandatangani consent letter berkenaan ceaser dan ikat itu. Sememangnya, kalau saya beranak secara normal saya tidak akan ikat. Tetapi saya dan cik somi sudah discuss, sekiranya ceaser dia setuju untuk ikat. 

Dalam hati saya, mungkinlah ini jalan yang terbaik. Saya redo.

Kisah di Labor Room

Saya terpaksa membuat procedure FULL BIUS semasa beranak kali ini. Al-kisahnya, saya menjerit memberitahu doktor semasa mereka memulakan proses potong perut saya. Saya menjerit!!

"Doktor.. saya dapat rasa pisau!!" 

Sayakan dah merasa ceaser sebelum ni yang mana ceaser half bius pada masa tu adalah tidak sakit langsung. Saya hanya dapat rasa perut goyang saje dan alih2 baby keluo melalui tingkap. 

Jadi saya yakin yang semasa mereka dah buat half bius, sepatutnya proses potong itu tidak sakit tetapi kisah sebaliknya berlaku. Maka terpaksalah mereka membiuskan the whole body. Saya tidak sedar dan saya mamai. 

Saya sedar pada pukul 2.30pm dan saya hanya merasakan perut saya kempis. Saya tidak dapat melihat baby seperti mana pengalaman saya dulu baby menangis terus berada pada dakapan saya. Saya diberitahu baby telah dihantar ke NICU dan akan berada di sana untuk 1 malam. 

Saya hanya dapat melihat 1st time baby Ezhan melalui gambar yg di shoot oleh Cik Somi. Alololo... Macam muka siapa la ni???

Baby Ezhan

Kelihatan Cik Somi sibuk main game or sms?? Hehhhee.


Inilah anak bongsu saya yang diberi nama Muhammad Ezhan. Pemilihan nama turut diberi oleh Cik Somi dan dipersetujui oleh anak2 yang lain. Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan Baby Ezhan sama tarikh dengan birthday Cik Somi. Sebab tu dia sangat happy.

Kos Bersalin Ceaser untuk program FPP di Hospital Putrajaya adalah tidak mahal berbanding dengan KPJ Selangor semasa saya bersalin Erfan. Saya hanya dikenakan RM3k lebih sket saje selama 3 hari 2 malam. Kos Baby di NICU hanya lah tak salah saya RM1 or RM3 camtu.

Pusat Bersalin Berisiko Rendah

Semasa hari terakhir di Wad 5 FPP, nurse mengesahkan baby Ezhan kelihatan kuning. Saya tidak dapat pulang membawa baby Ezhan ke rumah untuk berjumpa dengan abang-abangnya pada hari itu.

Baby terpaksa dihantar immediately ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8. Yer.. saya terpaksa stay sana bersama baby sehingga bacaan kuningnya menurun. Akhirnya saya berada di sana for another 3 hari lagi. ooohh boringnya. Tapi takpela.. saya boleh berehat.

Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan dan kos selama saya berada di Pusat Bersalin Berisiko Rendah untuk treatment fototheraphy ialah RM8.50 saje berbanding dengan RM2k untuk baby Erfan pada tahun 2012.

Syukur sebenarnya pengalaman ceaser saya semasa melahirkan Erfan banyak membantu saya semasa menguruskan Ezhan.

Baby Ezhan kena jaundice
Bilik  saya semasa di Pusat Besalin Berisiko Rendah. Ianya sebuah apatment dan saya tinggal di sebuah bilik.

Di Pusat Bersalin Berisiko Rendah

Apartment yang dibuat wad. Ini ruang tamu tapi dijadikan pejabat



Inilah Food yang dihidangkan semasa saya berada di Pusat Bersalin Berisiko Rendah


Ezhan muka seperti Ryan pun ada masa ni
Baby Ezhan

Baby Ezhan
Sepanjang saya di hospital saya tidak melupakan supplimen saya iaitu Vitalea, Vitamin B,Vita C dan Zinc. Sesi berpantang saya pada kali ini saya memang tidak mengambil sebarang jamu. Tidak lagi. Saya hanya bertumpu kepada supplement. Alhamdulillah.. 

Kali ini honestly saya dapat katakan, pengalaman berpantang saya adalah sangat sihat berbanding sebelum ini. Yang pasti, saya tidak melupakan ZINC yang dikatakan cepat memperbaiki kesan-kesan luka luaran dan dalaman. Kalau dulu saya mengambil pati ikan haruan dan gamat healing tetapi kali ini hanya supplement set mengandung ini saje. Masya Allah.. Saya adalah lebih sihat.

In fact sebenarnya, kosnya adalah lebih murah serta berbaloi kerana supplimen ini ada yang dapat di consume selama 3-4 bulan. 

Yang seronok sangat, susu badan juga meriah kerana minuman ESP ini. Disebabkan kalsium banyak disalurkan kepada baby, 2 biji Ostematrix Kalsium 2x sehari, memberikan supply yang secukupnya untuk saya juga. 

Kalau dulu, set bersalin untuk brand lain hanya boleh digunakan selama berpantang saja tapi untuk set bersalin ini saya boleh dapatkan all the time sebab yang saya paling concern ialah milk production.




Nak tengok progress Ezhan. Baca sini.



Cemana nak bagi budak tembam macam ni


Sekian untuk perkongsian saya pada hari ini. Semoga memberi manfaat kepada yang membacanya. Amin.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi iamja untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MARFUZA ZAINAL
Member of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 963895
iamja77@yahoo.com

013-3999441 (Call, SMS, WhatsApp)

Comments