PAK WAN NOODLE - The best MEE KARI IN MALAYSIA


Hari ini saya nak buat review tentang Pak Wan Noodles. Ia bukan restoran yer tapi sebuah stall yang sangat comel dan cool. Ia kepunyaan Uncle saya iaitu adik kepada Mama saya.

Kenapa nama Pak Wan? Uncle saya bernama Wan Azizi so sesuai nama tu dipilih.

Alhamdulillah, Pak Wan telah buka 2nd outlet yang lebih happening di Seksyen 7, Shah Alam.  Lokasi sebenarnya ialah di Roshni Q Foodcourt.

Lokasi lama di Seksyen 15 skrang dalam renovation dan akan beroperasi tidak lama lagi.



Saya telah melawat ke tapak kawasan bersama 5 orang anak saya. Daripada Puchong untuk ke Seksyen 7 jauh jugak kalau difikir. Huhuhu. Nasib baik saya teringat laluan nak ke Klang. So saya masuk melalui signboard I-City. Auntie saya pesan, dekat ngan Jackal so itulah jalan yang saya tahu tanpa melalui kawsan Shah Alam.

Sebenarnya saya dah ketagih nak makan koteaw kari. Anak2 saya kalau saya sebut nak ke kedai TOK G, semua akan excited. Sebabnya mereka rindu nak makan noodles Pak Wan. 

Masing-masing ada favourite menu masing-masing. Firman suka mee meatball soup, Ryan dengan koteaw fishball soup, Emran dan Ezhan with fishball and soup dan saya of course all time kotiaw curry.




Inilah dia stall yang sangat comel dan bersih,


Ini dia the best mee kari in Malaysia. Hehehe. Siapa yang bagi title ni? Saya lah. Saya mmg suka sebab sedap dan tak boleh compare ngan mee kari lain.

Apa yang menyebabkannya saya kata sangat best??

Kuahnya yang mmg "homemade" dan originality yang saya makan sejak kecil membuatkan saya rasa happy dan puas hati. Kalau dulu saya makan hanya pada hari raya or special event tapi sekrang just anytime. 



Yang serve ni ialah Auntie saya iaitu adik kepada mama saya juga yang namanya pun bemula Wan. Kenapa Mama saya bukan bermula Wan. Ok senang citer.. same mother, different father. Faham ke faham? Hehehe.


Kelihatan Ryan membaca doa makan.   "Allahumma Bariklana Fima Rozaqtana Waqina A'za bannar. Amin"


Kata kawan saya 'joking' yang melihat gambar ini, Uncle saya tepuk muka sebab pening tengok anak-anak saya yang sangat ramai. hahahh. 


Ini ialah Mamat, anak saudara wife Uncle saya.Terima kasih tolong dukung Ezhan time saya kusyuk menikmti kelazatan kotiaw kari.


Alhamdulillah. licin Ryan makan yer.


Firman kusyuk makan meatball soup.


Mama tak habis makan lagi jadi Ryan tolong Mama ok jaga Ezhan. Uncle Mamat nak buat kerja.


Tengoklah.. licin ok?! Licin tu tandanya sedap.


Tak cukup makan kat sana, tapau lagi. Over kan.


Nak bayar sila ke kaunter yer.       


Menu yang ada di Pak Wan Noodles.


Sticker wajib orang Taiping. "Edwardian" and "Kelab Cintai Taiping".

Ok.. itu saja review saya tentang Pak Wan Noodle. Saya doakan business Uncle G saya maju dan berjaya. Manalah tau one day tetiba famous mcm Kotiaw Dolee. Insya Allah.

Jom kita ke Pak Wan Noodles.


Comments

  1. Mee kari memang favourite akak...kalau lencung ke Shah Alam boleh singgah ni...

    ReplyDelete

Post a Comment