Mencipta keluarga bahagia

Benarlah.. bila kita nak jadi baik, Allah izinkan bertemu dengan kawan yang baik2. Bila kita nak satu perubahan, Allah inform kepada kita melalui seseorang. Alhamdulillah. 

Thanks to TELEGRAM kerana menyatukan rakan2 sekolah lama saya. Saya terharu melihat mereka yang kebanyakan success dalam kehidupan. Masya Allah. 

Seorang kawan baik saya semasa sekolah memberi saya satu kejutan yang hebat bila dia memberitahu 
"Yang pakai kopiah tu semua anak aku dan sorang je perempuan".


Saya pun kira. Hehehhe. Ada 8 kesemuanya. Tu pun katanya doktor dah advise ikat. My friend Dilla ialah yang pakai tudung merah dan pakai spec. Husbandnya yang pakai kopiah tu le. Saya pernah jumpa.. "cool giler."

Cemana ko jaga anak2 Dilla?

Masya Allah Dilla. Ko masa sekolah dulu ganas Dilla. Kita dulu main ketuk kayu hoki sama2. Tapi ko memang best.. ko tetap gila2 mcm dulu. Tak sombong. Cool sokmo. Thanks.. thanks Dilla. Ko bagi aku resepi cemana aku nak jaga anak2. Thanks Dilla.

Saya tersentuh bila dia keluarkan gambar saya ini dan tunjuk kepada kawan2 lain. Itu gambar saya. Dia kata.. Aku suka tengok gambar2 keluarga happy. Allahuakhbar!! Sebak saya OK. 

........................................

Bawah ini ialah gambar saya bersama anak2 melawat Cik Somi yang dimasukkan ke HUKM seminggu selepas raya akibat GASTRIK yang dideritanya for almost 3 weeks. Tak pernah2 sepanjang saya kahwin dgn dia, dia mengalami sakit yang teruk. Sepanjang sakit, dia terpaksa solat duduk. Tapi saya dapat lihat jugaklah tahap sabar dia. Masya Allah. Allah juga menguji saya kesabaran, kasih sayang dan pengorbanan yang saya pasti akan ingat sampai bila2. 

Alhamdulillah.. Allah bagi saya kekuatan untuk menjaga anak2 semasa suami terlantar di hospital. Tapi saya kuatkan semangat membawa mereka ke hospital melawat Papa untuk cheer up Papa. Bukan senang nak hangkut 5 orang pi hospital. 

Sememangnya kalau pergi mana2, peringatan akan diberi sepanjang2nya. "Firman..Ryan.. jaga adik2. Pegang tangan. Jangan lepas. Ingat!!! Kat Hospital ramai orang!!!".

Confirm kalau pergi, kecoh hospital. Saya bekalkan roti dan nutella. Air mineral sebotol. Hahaha. Memang sampai hospital terus lapar pun. 



Sebelum pergi, saya terfikir apa la nak bawak kat Papa ni.  Jom selfie gambar ramai2.. nanti Firman tolong lekat kat belakang katil Papa OK. We did that. Aktiviti bersama anak2. 



Kami pergi tidak lama. Selepas Maghrib terus balik. Kami semua peluk Papa dan mendoakan Papa semoga Papa cepat sembuh. We love you Papa...

Akhirnya Allah permudahkan. Alhamdulillah.

........................................................

Ok.. itulah sebenarnya cerita di sebalik gambar yang kawan saya Dilla tunjukkan kepada kawan2 di TELEGRAM Convent Group. 

Sesungguhnya, saya  inspire dengan cara didikan Dilla yg lebih hebat. Anak sulongnya belajar di Sekolah Tahfiz Al-Amin. Suka saya tengok. Keluarganya juga sejuk saje saya memandang. 

Inilah antara tips2 yang Dilla share kepada kami. Kata2 renungan juga sangat menyentuh gitu. Jazakullah Dilla. Insya Allah akan saya amalkan especially doa2 nya. 









Sekian untuk celoteh saya pada pagi ini. 

Comments