Nostalgia

Saya memang suka lihat gambar dan paling saya suka tengok ialah gambar2 lama. Saya sangat teruja bila dpt melihat gambar2 lama family Tok Laki saya kerana daripada situ saya dapat lihat persamaan anak2 saya.

Saya share gambar ini dengan Bapak saya. Bapak saya senang saje meneka gambar bapa menantunya. Yelah, muka arwah bapa mentua saya saling tak tumpah muka suami saya. Masya Allah. 

 Saya tidak pernah berjumpa dengan bapa mentua saya. Saya dimaklumkan arwah meninggal pada tahun 1994. Saya melihat gambar yang ada pun gambarnya semasa tua.

Mostly gambar2 lama kata kakak ipar saya telah ditelan bah. Mujur koleksi gambar2 ini dirakam semula oleh abang ipar saya yang mengambilnya dirumah sepupunya. In fact, semasa melihat gambar di atas Tok Laki saya pun impress sbb itulah first time dia melihat gambar tu juga.

Bak kata Bapak saya yg melihat gambar ni, mesti Datuk dulu org kaya. Siapa yg mampu capture gambar camni dulu2.

Yeszaa.. Datuknya dulu seorang pembuat barang kemas.

 Arwah bapa mentua saya pernah berkahwin 5 kali dan hanya kekal bersama Mak mentua saya saje sehingga akhir hayatnya. Ikutkan adik beradik Tok Laki saya ada 5 org yg sebapak, 2 org sama mak dan 8 orang yg sama bapak dan mak. Keseluruhannya skrang 8 org saje yg masih hidup. 

Bayangkan juga berapa ramai sepupu sepapat bagai.Fuh dasyatkan. 

Itu saya cerita saya pada petang ini yg ditaip menggunakan henpon ditemani oleh anak bongsu saya, Ezhan. Memang susah utk saya berdepan ngan Pc skrang ni. Henpon je lahhh

Comments