TERKINI: Kisahku..

 
Bersiaran atas katil selepas semua orang tidur. Time untuk FOKUS dan IMPLEMENT mana yang tertunggak.
 
Bukan senang sebenarnya menjadi SURIRUMAH dan merangkap segala2nya. Kadang2 rindu suasana di office.. rindu untuk berbual dengan kawan2. Rindu dengan kehidupan lama. Namun inilah hakikatnya.. PERPISAHAN. Hidup harus diteruskan.

Namun saya bersyukur kepada Allah kerana Allah mengkehendaki saya menjaga anak2. Saya berdoa semoga Allah memudahkan urusan saya. Priority saya ialah keluarga saya. 

Duduk di rumah jika hanya fokus kepada rutin adalah sangat melemahkan minda saya. Mana tidaknya, jaga anak2.. masak.. ambik anak2 sekolah.. baju2.. Tak termasuk dengan kerenah anak-anak kesemuanya. 

24 jam sehari, kejap saje masa berlalu. Bila kerja dulu, peruntukan masa untuk pejabat sudah ditetapkan. Bila di rumah kita sendiri yang setkan time kita. Bukan senang juga buat kerja sambil melayan anak-anak especially anak2 yg masih kecil.
 
Saya mempunyi matlamat untuk direalisasikan. Saya tak boleh tunda lagi.

 
 
Sambil-sambil tu jom lihat gambar. Bawah ni gambar adik beradik suami saya. Actually dia ada 8 beradik yang satu mak satu Bapak. Gambar ni semasa dia menjadi yg paling kecil dan selepas itu ada 2 lagi adik beradik lelaki. Bila saya melihat gambar ni sesungguhnya saya sangat kenal yg mana satu suami saya kerana anak2nya sebijik mcm muka dia terutama Firman, Erfan dan Ezhan. Hahaha.


 
Akhir sekali.. inilah gambar terbaru Hari Raya kami sekeluarga yang sempat dirakamkan.



Comments

Post a Comment