Ramadhan saya


Ramadhan Kareem. Alhamdulillah.. hari pertama puasa Allah memudahkan saya. Walaupun terbangun pkl 5 pagi, tapi saya sempat prepare sahur utk keluarga. Masa nak makan tu punyalah laju dan teringat tempat kerja kilang dulu yang kami hanya ada 15 minit untuk makan. Makan dengan kusyuk tanpa gossip. Sempat!!!

Alhamdulillah.. Masuk hari ini sudah 6 bulan saya menjadi suri rumah sepenuh masa. SAya terasa seakan Allah telah makbulkan doa saya dahulu. Yang paling saya bersyukur kerana inilah 1st time saya full time di rumah pada bulan puasa. Maksudnya saya boleh melakukan pelbagai ibadah dan menyediakan semua perkara untuk family saya. Peluang sudah ada dan yang tinggal hanya disiplin.

Dulu dan Sekarang

Jika dulu pada bulan puasa, anak2 akan menunggu saya di rumah pengasuh masing2. Selalunya pukul 6 saya akan tiba di rumah bbsitter Emran dan Erfan selepas bershopping sedikit sebanyak di pasar ramadhan. Kadang2 Hif yang beli. Saya akan call dia utk dapatkan status terkini. Untuk memasak di rumah memang tidak sempat. Udahla rumah pengasuh ada 2 dan jauh2 plak tuh. Jadi saya akan berkejar pula ke rumah pengasuh yg jaga Firman dan Ryan. Akhirnya saya tiba di rumah dekat nak berbuka. Buka puasa masih dengan pakaian office. Lepas makan, bayangkan nak melayan kerenah anak2 lagi. Oh ya lupa nak cerita pada bulan puasa dulu saya kena masuk pejabar pada pukul 7 pagi. Bayangkan saya kena keluar rumah pada pukul 6 pagi selepas sahur. 

Semuanya telah berubah selepas 6 bulan. Agaknya jika company tiada VSS saya akan terus bekerja. Allah Maha Besar yang menguruskan segala2nya. Akhirnya saya tidak perlu lagi mengharungi traffic jam pada setiap hari. Saya juga mempunyai banyak masa terluang bersama anak2. Saya juga yang mengambil dan menghantar anak2 drpd sekolah. Menghantar anak2 setiap pagi  ialah Papa.  Memang syukur sangat. Anak2 terkawal makan dan minum mereka. 


Aktiviti Anak-anak

Saya beritahu Hif, dah tak kerja bolehlah buat macam2 kat rumah. Kalau tak jangan harap. Ya.. Niat saya untuk membentuk dan membimbing anak2 saya ke arah yang lebih baik. Bila tak kerja, saya akan pastikan anak2 saya solat. Macam2 perkara saya dapat pantau. Tapi tulah, kadang2 nak pengsan juga sebab bayangkan 5 orang anak lelaki yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Huhuhuh.

Ramadhan kali ni, saya membuat kelainan untuk anak2. Terima kasih dengan idea Ramadhan Kit  daripada SiKecilkuComel. Dengan adanya kit ini, saya dapat membina suasana Ramadhan yang meriah dan semoga iainya memberi kesan kepada anak-anak apabila mereka besar. 






Anak-anak bila melihat banner tu macam terasa meriah especially Emran. Takpe dia tak puasa tapi at least dia dapat merasai suasana pada bulan Ramadhan. Semoga dia bersedia pada tahun depan. Memandangkan ada a few jurnal dan buku aktiviti, saya divide buku2 tu untuk Firman dan Ryan. "Jurnal Ramadhan Saya" mempunyai plan dan checklist tentang ibadah kita setiap hari. Jadi saya rasa sesuai untuk Firman dan saya akan PAKSA untuk dia update pada setiap hari. Ryan, cukuplah sekadar "Carta Ramadhan Saya". Bila dia dapat complete solat dia boleh letak sticker. Memang best dan enjoy sangat aktiviti ini. Nampak kan kotak kaabah tu. Itu ialah tabung. Setiap hari saya nak galakkan Firman dan Ryan masukkan 50 sen drpd wang saku mereka ke sini. So, hari Jumaat ke masa pergi solat Jumaat Firman boleh bawa collection duit ini dan masukkan ke tabung masjid. Insya Allah. Semoga istiqamah sehingga ke akhir Ramadhan. 

Untuk diri saya pula, saya melengkapkan checklist daripada AS SOHWAH - Prof Muhaya "TARBIYAH FOODiyah". Bagus juga. Dengan adanya check list ini saya akan pasksa diri saya untuk membuat pelbagai ibadah sunat. Best tengok bila semua column ada tanda "right" kan. Contohnya, di sini ada catatan "Permintaan saya kepada Allah sebelum saya tidur". Kalau takde jurnal ni saya maybe tak buat lah kot. At least ada Jurnal ni, saya terpaksa buat. Insya Allah. Semoga Ramadhan kali ini mengubah hidup saya.



Ini preparation wajib yang ada di dapur dan meja makan. Dengan semangatnya saya, saya sediakan air zam zam dan kurma. Saya akan pastikan semua orang makan kurma masa buka puasa. Saya beli kurma2 ni di Mahnaz Food Shop di Shah Alam.  Ia ialah gudang kurma. Best sangat tempat ini. Siap ada jual air zam zam. Kurma Ajwa Nabi, Mariami.. semua ada. Masalahnya belum puasa sebekas dah kosong. Sedap tak sedap kurma dia. 

Supplimen ESP dan Perfomance tu ialah minuman terbaik. Untuk pastikan stamina saya kuat pada malam hari selepas makan kurma, saya minum ESP+Performance. Alhamdulillah, nak buat ibadah pada malam hari pun bertenaga. Yelah.. ingat suri rumah dok relax relax ke kat rumah. Banyak kerja tau. Saya ni dengan breasffeed si Ezhan lagi. Kalau sebut tak cukup masa, mau kena jegil oleh BOSS kat rumah ni. 


Ni nak citer ni. Minggu lepas tetiba PA MA jemput saya ke Karangkraf untuk buat shooting. Syok gak la hai jadi retis. Konon!!! Hahhaha. Yang pakai tudung hitam itu ialah Penulis, so yang lain2 tu akan masuk magazine dalam ruangan Chit Chat. Bukan la saya ni Cover Girl. Insya Allah untuk keluaran PA MA pada bulan November dan akan diskuss tentang Tadika. 


OK.. tiba masa nak masuk ke dapur. Nak dapatkan motivasi sebelum masuk ke dapur.

Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu). (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

Selamat berbuka puasa semua... jom berdoa!!!

Comments