Michael Jackson?

Bukan Michael Jackson. Tapi kami gelarkan MJ. Apa itu MJ... Hehehhe...jeng jeng. Nak PM.

Susah kami nak explain kat anak2 kami..Kat mak bapak kami.. Mereka tanya, kawan mana? Yang pasti bukan kawan sekolah, bukan kawan office, atau bukan kawan kolej. Ehh tapi antara kami yang related ngan saya. Kawan office dan kawan kolej. Secara jelas, kami kawan internet. Hahahah.

Bila kenal? Tahun 2004. Cemana kenal? Melalui blog dan fotopages. Dulu takde lg FB. So apa yang kami share ialah tentang anak2. Masa tu digital camera baru nak famous. Ada la camera phone tp sy tak mampu beli lg. Saya beli digital camera capok 2MB je. Tu pun dah happy.. Janji bleh update gambar anak sulong saya. Yes, gang2 MJ mostly mempunyai anak sulong lahir tahun 2003 dan 2004.

Dipendekkan citer.. Hubungan kami sgt rapat. Dah mcm Adik badik. Technology telah merapatkan kami. Bermula dgn blog, fotopages, multiply, yahoo messenger, blackberry dan skrang whatsapp serta FB.

Hubungan persahatan kami sgt interesting sehingga kalau ada yg pregnant pasti ada yg berjangkit. In fact, baton pregnant berlarutan sampai skrang.
Kami saling support each other. Kami sering membuat luahan jika Ada masalah. Alhamdulillah.. Kami semua terdiri drpd insan2 yg positif.

Alhamdulillah projek terbaru kami berselfie pd hari jumaat. Siap ada tema warna lagi. 

Semoga persahatan kami kekal abadi sehingga ke Jannah. Amin.

Comments