Aktiviti Silaturrahim

Bismillahirahmanirahim..

Saya ada 20 minit untuk menaip. Banyak aktiviti yang saya kena lakukan selepas ini. Sebagai suri rumah, ianya lagi sibuk tugasan saya. Hahahha.

Tetapi izinkan saya menulis aktiviti saya sepanjang weekend lepas. Alhamdulillah.. dgn izin Allah.. masa saya dpt direalisasikan dengan majlis silaturahim yang sangat bermakna bagi saya.

MJ Gathering

Perkenalan selama hampir 10 tahun ni sangat bermakna buat saya. Alhamdulillah.. kami berjaya membuat gathering di Mandarin Oriental, KL. Simple but meaningful. Tima kasih kepada sahabat kami yang sangat bermurah hati.. Aziha yang selalu belanja kami. Semoga Allah sentiasa murahkan rezekinya.


Seperti biasa, saya pasti membawa Ezhan bersama. Syukur.. agaknya Ezhan dah biasa saya bawa dia ke hulu ke hilir, akhirnya dia dah biasa dgn aktiviti keramaian begini. Sapa2 nak dukung pun OK. 

Appreciate Yati from Penang, sanggup terbang ke KL semata2 untuk bergathering. Tima kasih Yati. Yati merupakan kawan sekolej saya juga semasa di UNITEN dan rezeki kami menjadi satu kumpulan MJ. Antara yang related dengan saya ialah Elin yang juga satu group MJ dan Has pula officemate saya semasa di JVC. 


Lyien.. minah monopod katanya.. biarlah tak bawak wallet jangan tak bawak monopod. Hahahha. Aktiviti selfie monopod ini memang best. Sampai orang keliling kami kagum tgk kami yang huru-hara dan hu ha. Over you!!!


Akhir sekali.. Alhamdulillahh.. Hanis, Gee, Maya, Wai, Rina dan Tety.. dgn izin Allah kita dapat luangkan masa rezeki kita bersama. Untuk Has, Elin, Wan, Linda dan Eiza.. semoga kita dapat berjumpa lagi utk aktiviti MJ yang seterusnya.





SAUDARA MARA

Semalam, kami sekeluarga dapat luangkan masa untuk majlis kesyukuran menyambut baby sepupu saya. Bukan senang kalau nak bersiap membawa semua hero ni pergi berjalan. Tapi snap gambar sekejap sebagai tanda ucapan.. SELAMAT HARI PAPA. 



Rumah sepupu saya di Cheras. Ramai juga orang tapi kami datang agak lewat dan program marhaban pun dah tamat. Namun, sempat gaklah kami makan tengahhari. 

Cantik backdrop dia. Syukur.. dengan rezeki yang Allah bagi, kami sekeluarga dapat menumpang makan dan have fun together gitu. 



Bila lagi nak jumpa adik badik kan. Sempat juga Auntie saya buat kek sempena hari Bapa. So semua bapa2 yang datang terpaksa ambik gambar. Ammboooiii meriah gitu. 


Tak banyak gambar saya ambil. Nie gambar saya semalam. Terasa best bershawl. Hahahha. Tima kasih kepada Wai sebab ajar saya cara memakai shawl yang bagi saya sangat senang, ketat dan best. 


Ok.. ini saja catatan saya untuk hari ini. Catatan ini ialah enjin saya untuk terus menulis pada setiap hari. Insya Allah.. semoga saya berkesempatan utk menulis lagi.

Insya Allah.


Comments