WAHM




Semasa saya bekerja dulu, lepas baca EBOOK ini memang perasaan nak berhenti kerja itu meluak-luak. Agaknya, itulah sebab saya dah berhenti kerja sakrang. 

Minggu lepas saya attend interview from M*M*S. Alhamdulillah.. it went so well. Sampai boss tu kata.. yes, you did good job for the interview. Masa dia tanya, semua saya BOLEH BOLEH. Konon!! Tapi hati tu berat la sangat. Sangat berat. Walaupun rumah saya dengan co ni sangat dekat tetapi hati saya tidak mampu untuk meninggalkan anak2 saya dan membiarkan orang lain menjaga mereka. Saya tak mampu.


Selepas interview, saya termenung. Saya tahu, dalam tempoh awal2 tu saya pasti kena stayback lambat sebab nak memahirkan dan memahami kerja baru. Selepas itu saya teringat anak2 saya semula. 

Ntahla.. 14 tahun bekerja dan mengupahkan orang menjaga anak2 saya semua, saya rasa sangat bersalah skrang. Saya harus membina acuan saya sendiri. Sampai bila saya harus membiarkan orang lain membesarkan anak2 saya? Itulah yang bermain2 di fikiran saya.

Walhal sebelum ni saya memang solat hajat tapi apa yang saya doakan jika pekerjaan ini terbaik untukku, Engkau mudahkan lah diriku Ya ALLAH. Namun Engkau berilah yang terbaik untuk ku Ya Allah. Sememangnya saya redha dan tawakal.

Apa2 pun skrang, saya hanya go with the flow. Niat saya, semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya dan keluarga saya. Insya Allah.

EBOOK di atas memang memberi kesedaran dan memotivasikan saya kepada saya harus duduk di rumah menjaga keluarga saya. 



Comments