SELFIE




Dulu nak selfie ambik digital camera lense ke depan. Agak2 la kan. Kalau nampak.. nampak lah. Kalau tak.. tekanlah button lagi sekali sampai jadi. 

Still remember this moment. Masa ni construction depan Kaabah takde lagi. So, time saya pergi tak crowded sangat. Lepas solat Asar saya dan Tok Laki jalan2 keliling masjidil haram. Masing2 dok tepi tangga melihat Kaabah. Mula2 segan gakla nak duduk situ tapi ramai je Pak Arab Mak Arab di situ, saya ambillah kesempatan duduk di situ sambil berzikir. Tetiba ada orang pas kurma. Makan la kan. Rezeki....

Cuaca di persekitaran berangin.. mcm duduk di tepi pantai. Burung layang2 berterbangan. Langit memang biru takde awan. Rasa tenang sangat.

Kaabah di tengah2 nan indah. Saya melihat orang bertawaf. Saya melihat gelagat orang yang menangis2 berdoa. Semuanya mengharapkan harapan yang tinggi daripada Allah.

Semasa di sana tiada langsung terfikir tentang duniawi. Mcm tiada apa2 yang hendak dikejar pun. Yang diminta ialah keampunan daripadaNYA insan yang kerdil yang banyak dosa.

Rindu untuk ke sana lagi. Semoga Allah menjemput kami lagi menjadi tetamuNYA bersama keluarga tercinta. Amin.

Comments