Cemana nak bagi budak tembam macam ni?


Ini ialah Ezhan. Anak saya no. 5.  Umur dia hari ni sudah 4 bulan. Last check pada awal bulan April yang lalu ialah 6.8kg. Saya tak tahu berat dia pada hari ini. Saya rasa mcm 7kg lebih. Hahahha. Inilah anak saya yang pertama kali tidak campur breastmilk dengan formula. Saya belum lagi beli formula. Saya target exclusively 6 bulan. Bila lepas setahun nanti boleh lah dia nak minum hat lain2 tapi breastmilk akan teruskan sehingga setahun. Insya Allah. 

Bagaiman saya nak mantain breastmilk dengan diri saya yang sibuk pada setiap hari ini??

Sila baca di bawah yer.



Pada hari ini juga saya sudah 2 bulan menjadi suri rumah. Errr.. mcm tak biasa plak ngan jawatan ni. Sedap sket tak kalau dipanggil HOUSE MANAGER? Hahhaha. 

Orang tanya, best tak duduk rumah? Mestilah best. Apa yang saya buat?
1. Masak
2. Bagi anak mandi.. makan..
3. Urusan sidai/lipat/gosok baju
4. Ambik dan hantar anak2 ke sekolah kebangsaan dan agama
......... banyak lagi.

Bayangkan.. bayangkan... 5 orang anak yer. Kalau sorang ok lagi. 2 pun ok lagi.


Beginilah umpama diri saya pada setiap hari. Tak percaya? Tolong percaya.. Hahhaha..

Percayalah.. semua yang  berlaku dan apa yang saya lakukan dengan izin Allah. 

Pertama Alhamdulillah.. saya tidak kerja. Saya tidak percaya yang saya tidak kerja secepat ini. Plan saya mungkin lagi 5 tahun. Tetapi Allah cepatkannya lagi dlm keadaan yang saya tidak sedia. 2 bulan saya dapat rezeki cuti bersalin dan seterusnya saya dapat pampasan. Alhamdulillah. Saya dapat rasakan Allah makbulkan doa saya. 

Saya mengambil masa yg agak lama juga untuk adapt dengan situasi duduk rumah jaga anak-anak. Tapi saya tahu, hidup saya priority ialah keluarga saya. Siapa lagi nak jaga mereka kalau tidak saya. Saya mengadu kepada Allah setiap hari.. berilah saya kekuatan.. kesihatan.. kesabaran. 

Pertemuan saya dengan Shaklee juga dengan izin Allah. Daripada dulu lagi saya memang mencari vitamin yang bagus. Sebenarnya, tiap2 tahun saya suka tukar vitamin. Akhirnya, Allah menemukan saya dengan vitamin untuk bagi saya sihat. Beli vitamin dengan makan vitamin ialah suatu yg berbeza tau. hahahhaha. Ada yang beli simpan tak makan. Ada yang makan mengikut peraturan itulah BETUL!! So saya memang makan vitamin. Saya pemakan vitamin yang tegar.  Dan sebab itulah kot, orang kata saya nampak muda. 

Kalau nak tau.. inilah yang saya ambil.. Nak share je.. saya tau anda akan teruja.



Ada kandungan DNA - kandungan ni masuk dalam breastmilk. anak minum.. nanti anak jadi cerdik. Saya makan sebiji sehari pada waktu pagi. Insya Allah dan Alhamdulillah. Oohh lagi satu, boleh bagi kuruih gak sbb dia buang kolestrol.


Alfafa ni bagi banyak susu. Lepas tu kan... senang buang air besar.  Orang kata makan badan jadi panas.. jadi memanglah kena minum banyak air. Saya minum 3 liter air sehari. Betoi!!! Tak tipu.



Ini ialah multi-vitamin. Korang yang tak pernah makan vitamin.. tolonglah makan vitamin. Semua vitamin A B C sampai Z ada kat sini. Lepaih ni sapa komplen takde tenaga la.. balik kerja penat la.. ambik VITA-LEA baca Bismillah hirahmanirahim... telan. Niat.. bagilah aku kuat dan sihat.


B-Complex pun baguih hangpa nak tau. Dulu saya ingat masa pregnant je makan sbb ada asid folik. Tak aiihh.. Walaupun vitamin B ada dalam VITA-LEA tapi vitamin B bagi kita extra energy untuk bagi kelajuan tenaga yang maksimum dan mengelakkan penat. 


ESP ni memang raja segala supplements. Saya bangun je daripada tidur memang saya terus bancuh ESP. 
3 sudu besar bersama 400ml air. Sebabnya, saya nak rasa kurang lapo. Kalau lapo.. perut gastrik. Kalau lapo tend untuk makan banyak memang ada. Kalau lapo.. nanti saya lembik. Alhamdulillah.. ESP banyak membantu.

Lagi satu... Bila makan supplement gini barulah kualiti susu kita elok. Insya Allah. 


Seriously, kenapa saya stick dengan vitamin Shaklee walaupun ada banyak vitamin di luar sana. Ini reasonnya..

1. Saya dapat bonus RM setiap bulan
2. Kalau dah habis, saya tak perlu pergi ke farmasi.. saya hanya tekan butang order dan barang akan sampai di pintu rumah.
3. Jimat sebab kuantitinya banyak dan tahan untuk 2-3 bulan.

So itu saje yang saya nak share hari ini. Makanlah vitamin yer untuk kesihatan. Jangan kedekut dengan duit kalau badan tak sihat.

SAya nak pi buat kerja la ni.. Laki saya dah bising kat belakang tuuuu!!! Byee...


Comments