Mula sekarang!!!












Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah telah memudahkan saya menghadiri trainning LUA & NLP. 

Tengok FB group.. wah ada gambar saya lah... Cer tengok gambar saya di atas. Saya bawak Ezhan gitu. Mana anak2 saya yang lain? Ooohh TQ lah Mr Papa kat rumah yer. 

Saya hadir niat menuntut ilmu kerana Allah. Saya pun tak tahulah begitu kuat hati saya nak datang ke program ni. Walaupun saya penat dengan urusan rumah tangga... walaupun saya tak cukup rehat sampai saya rasa malas lah nak pegi tapi syukur.. saya sampai juga ke Yayasan Tun Razak KL selama 2 hari ini drpd pagi sampai petang. Allah betul2 mudahkan saya.

Inilah group Shaklee saya. Syukur saya kerana Allah telah menemukan saya dengan insan yang sgt berinspirasi ini. Group inilah yang saya cari selama. Group yang banyak mengingatkan saya dan mendekatkan diri saya kepada Allah. 

Masa saya di sana, bukan saje ilmu Shaklee saja yang saya belajar tetapi ilmu yang saya kaitkan dengan kekeluargaan dan kasih sayang. Masa tu saya rasa.. Allahuakhbar.. agaknya inilah Allah nak didik saya. Apa tidaknya.. melihat seorang lelaki bersama 8 orang anak. Seorang bapak OK. Mak dia ada kat rumah baru lepas pantang. Maksudnya ada 9 anaklah. Subhanallah.. anak2 itu semua baik. Makan diam je. Takde bergaduh atau lari ke sana ke mari. Hebat!!! Saya mula terfikir.. apalah rahsia si ayah ini. Di sebalik hati saya jawapannya ialah sabar dan cool. Itu saje. Biarkan kawasan mereka bersepah dengan nasi.. ayah dia tak marah pun. Masa saya duduk di kerusi saya sangat sebak. Balik rumah saya terus cerita kepada suami saya. Saya kata.. "saya tersentuh!!!" Dan saya puji suami saya.. "Saya tahu, awak juga seperti si bapa itu". (Mr Papa senyum...)

Sekarang saya bersemangat nak buat business. Alhamdulillah.. Allah menemukan saya dengan group ini. Walaupun di luar sana byk yg buat Shaklee bak pesan Firdaus.. buat jer. Allah will do the rest. Syukur group ini  yang memberitahu saya.. kita nak kaya kerana Allah. Kita kaya nak tolong orang. Kita nak kaya untuk membina saham di akhirat melalui derma dan sedekah. Setiap hari saya dpt reminder.. dah solat Dhuha?

E-BOOK yang telah mengubah hidup saya...

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/iamja77

Jom dengar ceramah cara Allah nak makbulkan doa...


Comments