Tolong Buat Blog

Saya suka tolong orang. Saya percaya.. kalau kita memudahkan orang, Allah akan memudahkan diri kita. Insya Allah.

Memandangkan saya tidak bekerja dan mempunyai sedikit masa terluang (sebenarnya saya cari masa juga), saya volunteer tolong adik ipar saya buat website yang simple ala cara saya. Ntah cantik atau tidak. Saya main belasah je. Hahahha. Alhamdulillah.. website tu dah diaktifkan. www.fasteresource.com.

Nak citer sketlah pasal fasteresouce.com ni. Syarikat milik adik ipar saya ini menjual barang2 borong untuk menggalakkan orang berniaga. Orang ramai boleh beli berapa banyak unit pun, dan boleh mendapatkannya dengan harga murah. Then bolehlah produk2 tu dijual kepada orang luar samaada dekat kawan2 office ker, dekat pasar malam ke atau nak jual online pun boleh. 

Contoh macam pisau ni. Harga borong ialah RM7.20 untuk yang kecil jadi kalau nak jual bolehlah mark up dengan harga RM15. So bayangkan kita beli 10, so jumlahnya RM72. If kita berjaya jual kesemuanya RM150. Untung yang kita dapat RM78. Nak tengok produk-produk yang lain bolehlah ke www.fasteresource.com


Ini ialah banner yang saya berjaya buat. Saya rasa, saya nak buat design lain nanti. Tapi rasa macam comel juga kan. 

Ini salah satu banner juga yang mempaparkan produk-produk yang lain. Banyak jugaklah barang2nya.


Ini ialah tuala mandi. Nampak mcm biasa je kan. Saya fikir, ada ke orang nak beli tuala? Tapi bagus apa.. beli nya banyak2 dan buat embroidery. Boleh kasi hadiah untuk stafft ke. Hospital atau hotel nak tender beli tuala pun boleh juga kan. Hah.. barulah bukak minda saya sket. 


Saya doakan semoga business adik ipar saya berjaya. Hhhmm.. orang Kelantan ni mmg pandai business kan. Saya ni aduhai.. dahlah family bukan kaki business. Nak menjual pun kesian. Lagi satu saya takut nak menjual sbb takut takde orang nak beli boleh. Ooohh saya kena buang pemikiran negatif ni. 

Ok... nanti saya nak citer restoran uncle saya plak. Ni lah uncle saya yang kat Shah Alam yang saya pangggil Uncle G. Boleh check out FBnya..  Pak Wan Noodles



Ramai orang yang berniaga skrang. Bestnya.

Comments