#RIPMH370



Masa tidak mengizinkan untuk saya menulis terlalu panjang. 

Namun sebagai insan yang mengikuti kisah ini sejak hari pertama kehilangan pesawat MH370 pada pkl 7 pagi melalui whatss app group, hati saya tidak keruan. 

Dan hari ini saya sebak dan sedih. Saya merasai kehilangan. Saya juga merasai kebesaran Allah yang Maha Besar. Saya terasa banyak benar hikmah yang Allah hendak tunjukkan. Namun saya sedar, hanya daripada Allah kita datang dan kepadaNYA kita akan dikembalikan. 

Semalam berakhir sudah episod MH370. HHmm.. ntah hati berdebar-debar tentang sesuatu yang saya sendiri tak tahu apa yg berlaku selepas ini. Saya bertawakal dan memohon ampun kepada Allah semoga Allah Pencipta Alam ini melindungi dan memberi yang terbaik kepada kita semua.

Saya menangis menonton TV melihat reaksi semua pihak.. keluarga, wartawan, pemimpin, etc. Paling sedih semalam melihat seorang ibu yang menelefon AWANI bertanyakan apakah yang cuba disampaikan oleh PM kerana ibu itu tidak memahami Bahasa Inggeris. Ooohhhh luruh jantung saya.




Saya tertarik dengan kata2 Saiful Nang..

Dalam tempoh 1 bulan ini, kita didatangi pelbagai cubaan dan dugaan di dalam negara. Dalam tempoh ini juga, kebanyakan kita mula merasa Allah itu lebih besar dari yang biasanya kita rasa. Tempoh ini juga, sebahagian kita yang sering melupakan Allah mula kembali mengingatinya. Tatkala ramai manusia sudah tiada apa lagi untuk diharap, barulah wajah dihadap ke qiblat, tangan ditadah ke langit, air mata jatuh merayu rahmat Allah dan barulah ALLAH itu dirasakan sangat berkuasa dan kita kelihatan sangat kerdil. 




Banyak perkara yang saya pelajari. Saya buka map dan belajar kedudukan autan di dunia. ooohhh sini Laut Hindi. ooohh besarnya.. Allahuakhbar!! Saya terbayang misi mencari menggunakan teknologi canggih semua. Ya Allah.. semua itu milik pencipta teknology iaitu Allah sendiri. Ooohh kerdilnya saya. Apa yang saya mampu lakukan di dunia yang sementara ini sebelum menuju akhirat. Saya rasa diri saya ZERO. 

Saya kasihan kepada insan2 di bawah ini yang mana akan muncul di TV setiap hari sejak 8 Mac yang lalu.

1. Ahmad Jauhari (CEO MAS)
2. Datuk Hishamuddin Hussein (Menteri Pengangkutan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
3.Datuk Azharuddin (Ketua Pengarah DCA)






Semoga peristiwa ini akan membawa diri kita semua kepada Allah. Banyak Allah dah tegur kita tapi diri kita masih tak sedar2 lagi termasuk diri saya. Uuwaaa...

Lagi satu, saya berdoa semoga dipermudahkan Allah proses mencari MH370 di dasar laut. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami semua.. AMIN.


Comments