Mencari yang hilang...

Sejak kes kehilangan MH370, saya memang tak tenang. Mengadap Astro Awani 24 jam pada hari pertama hilang. Malam takleh tido. Ntah apa yg bermain di hati saya.

Yang pasti semua orang begitu kan? Bukan saya sorang saje. Asyik2 bukak FB nak tunggu apa org citer. Kot2 lah ada petanda. Then, setiap kali PC cepat2 tekun mendengar dan melihat kotlah ketebang tu dah dijumpai. Ooohh.. emosinya saya. 

Rumah saya mcm sedih je. Anak2 semua kata.. kenapa lah sedih sangat kat rumah ni? Kenapa kita tak boleh tukar Chanel lain Ma? Sorrylah anak2.. Mama sedang sedih.

Kejadian ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Ntah saya pun tak tahu apa yg bermain di fikiran saya. Pada mulanya, terfikir gak mcm2 spekulasi.

Namun saya percaya.. ini semua adalah kehendak Allah. Saya teringat kisah hasbul kahfi kisah pemuda dalam gua yang dimatikan dah hidup semula selepas 309 tahun. Semua kehendak Allah. Tapi tula, skrang zaman moden.. orang semua akan muncul dengan semua teori sains. 

Sebelum ni kita sibuk dengan kisah artis HaN*z Sur*ya la... tak pasal2 kita bercakap pasal hal dia. Kalau kat FB semua orang sibuk cakap pasal hal dia. Then kisah Anw*r plak. Tetiba je guilty. Ntahlah.. Allah saje yang tahu kan. Bagi saya.. kejadian ini memang Allah nak bangunkan kita semua. Udahlah kisah dunia kan.. Semua orang mcm lupa Allah. 

Hati saya masih berdebar-debar. Saya pasti.. misi mencari MH370 mungkin lama. Lama sehingga manusia betul2 sedar. Kalau kejap je.. kita tak rasa apa2. Oohh dah jumpa. Then habislah feeling kita. Manusia kan gitu.. mudah lupa. Tapi bagi saya, Allah sedang menegur kita semua. 

Tadi Allah mengizinkan saya mendengar ulasan dan temubual Kapten Norudin. Ya Allah.. Subhanallah.. memang simple je teori dia. Semuanya berbalik kepada Allah. Tenang saje saya mendengar nya. Saya pasti semua orang pun tersentuh dengan kata2nya. Ntah saya rasa nak nangis. Allahuakhbar!!! 

Penumpang2 MH370 ini ialah orang yang dipilih oleh Allah. Tak kira agama apa pun mereka.. saya pasti Allah ada perancanganNYA. 

Akhir kata.. jomlah kita sama-sama berdoa semoga Allah memberi yang terbaik kepada penumpang2 MH370, ahli keluarga mereka dan kita semua. Semoga kejadian ini mendekatkan diri saya dan kita semua kepada Allah. 









ps:

ini email CNN yang baru saya dapat..

"Tickets linked to stolen passports for missing Malaysia Airlines Flight 370 were purchased by an Iranian man, authorities say. 

At least two people on board the plane were traveling on passports stolen from an Austrian and an Italian.

According to Thai police officials, an Iranian man by the name of Kazem Ali purchased the tickets for two friends who he said wanted to return home to Europe. While Ali made the initial booking by telephone, either Ali or someone acting on his behalf paid for the tickets in cash, according to police."

habislah.. kalau orang Arab.. pengganas la gitu kan depa cakap!!

Apa2 pun semoga Allah beri yang terbaik kepada kita semua. 

Comments