Hari Terakhir






Sedih sebenarnya. Tapi saya taknak menangis. Almost 12 tahun saya bekerja di kilang ini. Sudah pasti banyak memori yang indah semasa saya bekerja di sini. 

Yang pasti, saya sangat bersyukur kerana Allah memberi rezeki kepada saya melalui syarikat ini. Banyak pengalaman yang saya perolehi bekerja di sini terutamanya bekerja dengan orang Jepun. Pengalaman bekerja itu yang membuat saya lebih matang, kreatif, bertanggungjawab dan sebagainya. Alhamdulillah.

Bagi saya ini ialah kiamat kecil. Begitulah adat kehidupan dan dunia. Kita bermula dan pastinya semuanya akan berakhir. Yang tinggal hanyalah diri kita seorang diri membawa beribu kenangan yang sukar dilupakan. Rutin kehidupan seharian berhenti begitu saja dan kali ini bermulanya rutin baru. 



Saya pasti kehidupan saya ini Allah telah tetapkan. Saya sangat percaya. Dulu mungkin sukar untuk saya menerimanya. Namun semakin meningkat usia kita, diri kita juga semakin matang. Dan bagi saya, perancangan Allah adalah yang lebih baik.  Sedikit sebanyak saya menerima apa jua yang di depan saya dengan tenang. Saya harus bersedia dan terus ke arah itu. Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi saya harus melangkah terus and JUST DO IT mana yang terbaik untuk diri saya dan keluarga.

Orang bertanyakan diri saya.. "are you OK?" " Insya Allah.. I'm OK. I have Allah." Saya sebenarnya tak tahu bagaimana nak react. Saya just go with the flow. Hah.. sama seperti saya nak beranak hari tu. 

Ceaser or normal? Saya buat tak tahu saja perasaan saya. Bagi saya, saya terima saje. Kalau kena potong.. saya redho sbb sebenarnya saya nak sangat NORMAL. Itulah matlamat dan cita2 saya. Tapi saya dah berusaha sehabis mungkin semasa saya mengandung. Saya sudah menjaga kesihatan diri sebaik mungkin dan berdoa untuk dipermudahkan dan yang lainnya saya berserah kepada Allah. Akhirnya.. saya kena potong juga dan yang potong saya bukanlah Dr Hamidah tetapi Dr Azmi. Lelaki juga. Itulah pengajaran buat diri saya. 

Semasa saya dalam pantang saya menerima call drpd officemate saya, dept saya nak tutup. Apa reaksi saya? Saya tak menangis. Saya juga tidak happy. Perasaan? OK. Mcm orang takde perasaan kan. 

Sebenarnya, dah lama saya plan nak berhenti kerja. Saya plan maybe lepas habis pantang dan start kerja baru saya nak fikirkan. Akhirnya, Allah telah bertindak dahulu menamatkan terus sumber rezeki saya selama 12 tahun dan terus memberi pampasan yang Masya Allah. Saya syukur seadanya.

 Dulu saya maybe fikir, bagaimana insurance Firman nanti? Kalau anak masuk hospital etc? It's OK.. tiba masanya saya membawa anak ke hospital kerajaan. Allah telah memberi trainning kepada saya semasa mengandungkan Ezhan dengan pengalaman saya di hospital kerajaan. Subhanallah.




Dulu maybe saya tidak cukup masa. Sekrang Allah dah beri banyak masa kepada saya. So, saya harus menggunakan apa yang Allah sediakan skrang ini untuk mendekatkan diri kepada NYA. Allah telah memakbulkan doa saya untuk saya menjaga anak2 saya. 


Surah TAHA ini sentiasa memberi inspirasi kepada diri saya...

A132
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.



Comments