Cemanalah Mama nak pergi kerja...


Papa lah yang ajar anak dia isap puting ni. Okla.. sila isap ye Ezhan, janji tak menangis OK. Emran happy lah sebab adik dia mcm dia, "gang isap puting". Buat masa ni saya belum ajar Emran cemana nak berhenti isap puting. Teruk betul mak dia ni. Sebab apa tau.. saya pun dulu isap jari sampai Form 2. Muahahah.. saya kecik2 dulu mmg tak comey langsung sbb jongang. Alhamdulillah.. Mama saya suruh saya pakai braces, terus x isap jari. Gigi dah cun sampai hari ni. Hiks. 


2 beradik yang paling dekat jarak umurnya. Nanti Erfan darjah 2.. Ezhan darjah 1. Bestnya!!! Hahahha.. cemanalah korang nanti yer. Lagi 5 tahun.. Wait.. Mama dah 42 tahun woo!! Harap Mama fit lagi yer nak membesarkan korang semua.



My handsome boy Emran. Kecik je dia ni. Kalau berat Erfan yang 2 tahun tu 13kg, Emran yg 5 tahun pada tahun ni baru 14kg. Tension la kalau bab makan. Nasi tu seminggu sekali la kot baru jamah. Hidupnya roti, ikan, biskut dan hhhmmm.. maggi.Haiishh cemanalah Makcik Ziha jaga dulu anak2 saya ni. Syukurlah saya jumpa orang2 yang baik yang menyayangi anak2 saya. 


Ini si Abang-abang. Akhirnya mereka berjaya BERSUNAT. Alhamdulillah.. saya dah tak bekerja bolehlah jaga mereka. Dulu berkira2 bila lah nak bawak mereka khatan. Sbbnya proses baik pulih pun dlm masa seminggu. Memang teruk juga nak jaga budak bersunat ni. Saya message kawan2 saya bagaimana nak bagi budak2 sunat tidur. Kalau saya tgk dalam gambar, org akan naikkan kain pelekat mereka. Hahah.. nasib baiklah kawan2 saya ramai yg berpengalaman. So akhirnya saya ambik mangkuk plastik dan suruh mereka tutup "tut" mereka. Solve masalah. Hari Jumaat malam sunat. Hari ini dah nampak sihat. Esok Isnin ada follow up nak bersihkan. Alhamdulillah.. Allah permudahkan walaupun menurut kata Hif banyaklah songeh. Fuh..janji dah sunat. Lega!! Tapi kan... Ryan telah menuntut drpd Papanya something sebab dipaksa bersunat. Apa dia?? Skrang Papanya sedang berada di Low Yat..Huhuhuh.. 

Harap mood menulis saya akan bertambah baik setiap hari. Banyak nak menulis tapi sebenarnya masa tak mengizinkan. Sesungguhnya saya insan yang suka menulis.. bercerita.. berceloteh, etc. Saya miss kakak2 di Opis saya.. tempat luahan perasaan. 







Comments