Sedih

Sayu saya melihat gambar2 ni... Ia berlaku di Malaysia. Bukan tempat lain yer. Saya doakan semoga mangsa2 banjir ini dapat melaluinya dengan tabah dan sabar. Ingat Ustaz Ebit kata. Bila Allah bagi kita ujian dan musibah tandanya ada rahmat besar yang Allah nak bagi. Insya Allah..

Ni berita hari ni


34,058 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang
KUANTAN: Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan, malam Khamis. - BERNAMA






Dapat message drpd my auntie.. Sebak sangat rasa!! :(

Bekalan makanan terputus di kuantan. Kesian tgk kanak kanak kelaparan.bby x cukup makanan.warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan x menang tangan.tmpt penempatan banjir pn naik air. Xder alternatif.diorg terpaksa bertahan dlm air.sian bby ngn warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pn kurang. Kami yg jd sukarelawan ni ptg td baru dpt mkn sbb bekalan x cukup. Hrp hrp makin pulih.tp info yg kitorg dpt maghrib td gelombang kedua start mlm ni. Dlm berita perdana diorg xbgtau sbb tkt org panik. Gelombang kedua makna nya banjir akan naik lg sekali. Ptg ni ader tmpt air dh surut tp amaran gelombang kedua start mlm ni.dlm berita diorg bgtau amaran hujan peringkat jingga. Bkt rangin seme tenggelam banjir.JPA x menang tgn. Letrik setengah tmpt dh ader tp kebanyakan xder lg. Sape sape yg masih ader duit td kuar sndr beli bekalan makanan.kebykn kedai lewat ptg td je buka sekejap utk org beli ape yg patut. Sedih la tgk keadaan ni..sayu ati... Seharian kami tggu bantuan tp smpi skrg blum ader lg. Setakat ptg td mkn nasi kawah lauk ikn masin jer..wt masa ni askar ngn bomba supply blanket tp x cukup. Kwsn aku byk dibantu oleh askar.. Dpt berita sat ni td kebanyakan lori roti dan telur di tahan di kwsn maran dan ditawarkn harga dua kali ganda harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal.bdk bdk duk menangis je kelaparan.. Area sg.isap,jln gambang,jln pekan,permatang badak dan chendering tmpt plg worst.kemusnahan harta benda tertinggi setakat ni. Bekalan makanan masih belum smpi.. Doakan kami seme slmt.terkini ader berita ular masuk pst pemindahan banjir.tp x pasti pusat mana satu. Banjir besar yg teruk.kemusnahan harta benda besar besaran.haiwan ternakan bergelimpangan..

Ini adalah kompilasi update dari seorg sukarelawan di kuantan. Moga kita semua berdoa agar mereka semua tabah atas dugaan ini. Sebar2 kan agar sampai ke pihak yg bkenaan utk mempercepatkan tindakan bantuan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sedih sangat!! Kita di sini masih OK dibandingkan dengan mereka. Paling saya tak tahan bila melibatkan kanak2 dan warga emas. Saya tak tahan. Ya Allah.. semoga Engkau permudahkan urusan mereka.




Comments