Next...


Semoga Allah memberi izin kepada saya untuk menghadiri program SEMINAR FIQH SOLAT.  Masa ni usia kandungan saya 36 weeks. Saya akan pergi ngan sahabat saya Wai yang seperti saya suka pergi program2 mcm ni. Dulu msa menghadiri Program Pengurusan Jenazah pun dengan dia juga. Tiap2 hari saya berdoa, semoga Allah izinkan saya ke majlis ilmu ini. Saya berdoa semoga anak dalam kandungan saya ini menjadi seorang insan yang hebat seperti ustaz2 di atas. Semoga anak saya ini menjadi seorang yang mahir dalam al-quran dan hadis. Allah.. Subhanallah.. itulah impian saya kerana saya mmg tak bijak dan tak pandai. Semoga anak saya kelak menjadi penyebab hidayah untuk kami sekeluarga. Amin.

Tujuan saya beriya nak pergi pun, saya nak improve solat saya. Saya takut solat saya masih tak sempurna. Saya nak belajar untuk kusyuk solat dan semoga ilmu yang saya perolehi ni dpt share ngan keluarga dan pembaca blog ini. Insya Allah...




Alhamdulillah.. dgn izin Allah, Firman selamat sudah menghadiri program ProKids ini. (Nanti saya update gambar mereka kerana gambar2 ini hanya boleh diambil dalam FB Ustaz Ebit). Saya dapat jumpa Ustaz Ebit secara live. MasyaAllah.. Orangnya sangat humble dan wajahnya sangat tenang. Syukur... Encik Suami ikut sekali. Yelah, saya yg pregnant ni susah gak nak drive ke HULU LANGAT tu. Dah la resort dia kena jalan kaki sket dan keter2 kena parking kat bawah. Masa tiba di sana.. Subhanallah.. parents yang hantar tu bukan calang2 orang.. banyak keter hebat2 dan pastinya orang2nya pun hebat2. Antaranya ada Ustaz Pahrol Juoi yg turut menghantarnya anak perempuannya ke sana. Ya Allah.. Ya Allah.. semoga Engkau memberi hidayah kepada anakku Muhammad Firman supaya anakku ini akan kekal solatnya 5 waktu sehari sehingga akhir hayatnya. Insya Allah.. kelak bila Ryan dah 10 tahun, saya akan hantarnya ke program ini juga. 

2 jam ceramah ibu bapa sangat memberi kesan kepada saya. Ustaz Ebit memang terkenal dengan kata2 yang sangat menginsafkan dan boleh meleleh air mata. Kisah semangat perjuangan Rasulullah SAW dalam Islam memang memberi kesan yang positf dalam diri saya. Cik Suami saya yang mula2 plan nak balik awal sebab takut tersekat dengan traffic terus menunggu sehingga selesai ceramah. Alhamdulillah. Dalam dok mendengar ceramah itu, saya sedar kenapa kita perlu sentiasa bersalawat dan mengingati Rasulullah.. No wonder sesetengah orang dalam hati mereka penuh kecintaan kepada NABI... sebabnya Rasullullah SAW telah banyak berjuang untuk umatnya. Tiap2 hari dia berdoa untuk kita. Tiap2 hari dia berdoa kepada ALLAH jangan biarkan kita semua tersiksa di akhirat kelak. Dia sanggup hidup susah supaya Islam hidup sehingga ke hari ini. Ya Allah.. mmg hiba rasanya. Insaf. Kenapa mereka memilih hidup susah? Sebab mereka nampak akhirat. Kita skrang.. Astagfirullahal'azim.. ntahla. Saya rasa jauh sangat. Semoga sedikit ilmu yang saya perolehi di sana.. dapat memberi manfaat buat saya dan suami dalam membesarkan anak2 kami ini. 

Pada hari Selasa tu, saya tumpang Wai ke Hulu Langat untuk mengambil Firman. Syukur Alhamdulilillah.. Allah mudahkan urusan ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan kawan baik saya Wai.

Sekian untuk cerita hari Isnin ini. 







Comments