I love my Family


Opah bersetuju nak datang Shah Alam. Best.. best. Siap request nak letak aircond dalam bilik dan Astro Channel 393. Thank you Uncle G and Auntie Raha. You're the best Uncle and Aunty in the World. Sejak kami dari kecik, both of you will always be there for me and adik-beradik. Alhamdulillah. Hanya Allah saje yang dapat membalasnya.  

Syukur kepada Allah yang memudahkan segala2nya. Saya suka sangat family belah Mama saya. Satu sifat yang terbaik uncle2 dan auntie2 saya ialah makan, tolong-menolong dan tak berkira. Mereka memang sejak dari dulu begitu. Mereka semua sangat berpakat. Sebenarnya belah Bapak saya pun begitu juga. Sebab tu family belah Mama dan Bapak saya rapat. Selalu saya citer family belah Bapak saya.. dan skrang sebelah Mama saya. 

Saya banyak mengkaji apakah amalan opah saya. Percayalah.. apa yang Opah saya ajar kepada anak2 mereka, itulah cara yang akan diwarisi oleh anak2nya juga. Ini rahsianya. 

Opah saya seorang yang sangat penyayang. Walaupun pada mudanya dia mempunyai ramai anak, tapi dia tidak pernah menolak untuk menjaga anak2 saudaranya. Kata Opah, walaupun dia bela ramai orang tapi sket pun dia tak pernah tak beri makan. Opah juga seorang yang sangat menghormati tetamu. Dia tidak pernah tension kalau tetamunya datang ke rumah. Rumahnya sentiasa terbuka walaupun rumah Opah di Taiping dulu tidaklah secantik mana tapi rumahnya ada seri. Bila dah senang sket, ada je tetamu datang pasti dihidangkan dgn makanan yang best2. 

Semua itu saya lihat kepada anak2 Opah. Mereka mempraktikkan begitu termasuk Mama dan Bapak saya. Bapak selalu marah kalau tetamu datang, anak2 dok dalam bilik. Bapak juga marah kalau org jemput pergi kenduri, kita tak hadir. Begitulah cara family dan relatives saya memupuk silaturahim. Bila ada majlis perkahwinan, semuanya akan sama2 tolong dan menceriakan majlis. Tiada prinsip' menyusahkan orang' atau 'taknak susahkan orang'. Bagi saya mereka semua tahu, bila kita memudahkan orang.. Allah pasti akan memudahkan kita. Saya kagum.. adik-beradik baik belah Mama dan Bapak.. semuanya memuliakan orang2 tua mereka. Saya tidak heran bila Opah saya sudah tua, Opah saya dilayan sebaik mungkin oleh anak2 dan menantunya sbb itu balasannya sejak dr muda. Both Opah saya disediakan maid dan bilik yang selesa. So, saya ingatkan diri saya sendiri.. help your siblings!! Love them!! Be nice to them. Insya Allah.. Allah will reward you and the family. Dah banyak contoh saya tengok. Memang orang tua banyak kerenah.. tapi itulah reward yang Allah akan bagi di dunia dan akhirat. Yang penting harus berbuat baik sesama adik-beradik. Pentingkan adik-beradik dulu, then baru orang luar. So, itu saje coretan saya pada hari Jumaat ini. Salam Jumaat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin. 



Sara bersama adik-beradiknya.. hahhahaha..


Some of my family members.


Atok@my Bapak, my youngest sister and Opah@ My Mama bersama the latest cucu2 mereka. 
Erfan (mine), Sofea (Anak Sara) and Uwais (Anak Win).


Sempena Wedding my cousin Liyana.. 7 orang anak Opah bersama menantu2 dan cucu2 nya. Tak boleh challenge family belah Bapak saya lah. Lagi ramai!!!! Hahahha.

Comments