Belum lagi..


Saya belum beranak lagi.. masih OK. Dok menghitung hari gak.. bila la baby nak kuo ni. Mama dan Papa dah tak sabo dah ni. Hari Sabtu lepas, sempat pi makan kenduri kat Kampung Melayu Ampang. Jemputan owner Syaza Travel masa saya pergi umrah hari tu. Anak dia kahwin. Saya inform kat Husband saya.. Kak Ina beriya jemput. Jomla pergi. Alhamdulillah.. Allah izinkan kami pergi. Nyum nyum makan nasi beriani. Sedap. Terukkan saya pergi ngan pakai seluar saje sbb saya takde kain nak pakai. Baju kurung takleh pakai. Tinggal seluar saje. Blasah je la kan. 

Anak2 saya 3 orang.. Firman, RYan dan Emran telah diangkut oleh Opah dan Atok ke Melaka menghadiri wedding cousin saya di Batu Pahat Johor. Nak travel jauh sangat. Saya takut terbersalin la plak. So setakat jalan2 kat KL ni takpelah kan. 



Lawak baca komen2 kawan saya bila saya update gambar ni. Haah. memang kali ni saya pregnant perut je besar. Muka so far OK. Takde sembab. Kira physically saya OKla. Walaupun kena insulin.. saya tetap OK. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. 



Ini gambar Emran dan Ryan bersama Umaira dan Adam, anak adik saya Sara. Mereka happy berjumpa bersama. Siap taknak balik. Dan saya dan Husband dapat relax sekejap. Okla Erfan je ada. Tapi.. balik je semua malam semalam. KECOH!!! Ooohhh no wonder saya boleh kurus. Hahahahha. 

OK.. apa2 pun saya akan admit pada 29th ni. Branak ke tak beranak ke.. saya kena admit. Currently baby breech. Semoga Allah permudahkan dan semoga saya dapat melahirkan baby ini secara normal. Amin. 


Comments