Kasih Sayang



Tiada yang lebih bahagia di dunia bila dapat bersama keluarga tercinta. Tengok gambar David Beckham bersama anak perempuannya Harper dan tengoklah Posh bersama anak sulongnya Brooklyn. Saya suka melihatnya. Why? Sbb saya suka sifat kasih sayang. Bak kata Prof Muhaya dalam salah satu ceramah motivasinya di IKIM, “Kasih Sayang ialah rahsia terbesar di dunia ini!”. 

Kata Prof.. ramai anak2 nakal sbb kurang kasih sayang. Ada sorang caller telefon menangis2 sbb inform Mak dia garang sangat. Saya sebak plak sebab anak yang call tu rasanya umur belasan tahun.  Mak dia tak boleh ada salah sket mesti nak mengamuk dan marah. Saya dengar pun sedih. Terbayangkan anak2 kalau saya bersikap gitu. Tapi saya pun garang juga. Ada orang cakap, jangan manjakan anak2 sangat nanti dia naik kepala. Well, memang ada sorang caller berkata begitu. Bab tu saya teringat Prof Rozieta Shaary kata, tegas penting dalam mendidik anak2. Tapi kasih sayang diutamakan. Namun, Prof Muhaya ada kata.. jangan kita marah anak2 tentang hal dunia. Contoh ttg akademik dunia, etc.. yakni perkara2 yang tidak disoal di Padang Masyar nanti. Marahlah anak bab agama.. kalau tak solat ka, etc.

Ni antara tips yang dikongsi oleh Prof Muhaya cara untuk membahagiakan keluarga

1.       Sayang diri sendiri
2.       Sayang Pencipta kita iaitu Allah SWT
3.       Sayang Nabi Muhammad SAW
4.       Besarkan anak2 dengan konsep yang betul
5.       Niat dan tujuan ubudiah kepada Allah
6.       Mendapat Kalbu Salin
7.       Bersihkan jiwa dengan memperbanyakkan zikir Hasbiyallah Hu Wani’mal wakil
8.       Jangan guna perkataan “Sepatutnya”.
9.       Jangan paksa, jangan merungut dan jangan menyalahkan.
10.   Bagi ilmu dengan kasih sayang, Kena lemah lembut dan bila sayang baru berdakwah.

So, itu antaranya yang saya sempat salin dalam ceramah Prof Muhaya di IKIM.

Semoga kita sama2 praktikkan. Amin.

Comments