First Time


 Ini ialah anak saya yg no 3.. Emran. Anak saya ni jenis lincah, imaginatif dan kreatif. Umur baru je masuk 4 tahun dan baru-baru ni saje saya dapat lihat banyak perbezaan dalam dirinya. Dia sudah pandai cakap, pandai berfikir, pandai merajuk, pandai response dengan apa yg orang cakap dan yanng ketara kuat menangis untuk dapatkan perhatian. 

Hobinya ialah menonton youtube. Yang selalu di tontonnya ialah semua rancangan superhero- Incredible hulk, Ironman, Transformers, etc. Tapi ia bukan kartun. Dia suka tengok mainan yang orang lakonkan permainan itu. Then, dia akan dapat idea untuk mengeluarkan semua barang permainan yang dia ada untuk melakonkan balik apa yang dia ingat melalui youtube. Hhhmmm.. yang ditontonnya mmg lah dalam bahasa omputih. So, semasa dia melakonkan balik mainannya dia belasah je bahasa OMPUTIH tuh bersama bahasa Melayu. OMPUTIH tu siap slang tu saya tak tahan. Well itulah perangai semulajadi anak lelaki saya yang no 3. 

Semalam saya membawanya ke KWIK CUT subang parade. Sebenarnya takde plan pun nak gunting rambut. Tapi sbb dia insist nak beli TOYS, saya suruh gunting rambut dulu. Kebetulan dekat KWIK CUT tuh ada mainan jip. Boleh gunting rambut atas tuh. Wahh teruja sekejap.  Mula2 nak beli mainan Ninja Turtle kat Parkson. Mak AIiii... dekat RM100 pun ada. Pengsan saya. Nasib baik kat mothercare ada mainan DINASOUR yang dlm RM20 je. So, dia nak hat RM20 tu.. Tapi dengan syarat kena gunting rambut dulu. Jenuh jugaklah nak berdrama swasta. Last2 dia pasrah sbb dia taknak balik rumah dengan tangan kosong. 

OK.. akhirnya, saya berjaya memujuknya untuk gunting rambut. Alhamdulillah.. kalau tak rambutnya panjang macam girl saje. Now.. dah jadi HANDSOME BOY. 

Hahahhaa.. haishh.. begitulah saya uruskan anak2 saya. Macam2 perangai ada. 





Comments