Alahan semasa mengandung?

Pengalaman mengandung ni bukannya sama. Saya dah mengandung 5 kali.. ehh 6 kali sebenarnya. (1 sbb luar rahim so kena keluarkan. So setakat 7 weeks saje).

Saya bagi rate 1 - 10.

Anak Sulong = 6 (biasalah sulong tak pandai sangat)
Anak ke-2 = 8 (belajar drpd pengalaman)
Anak ke-3 = 7 (mcm ok je sebenarnya tapi sbb ada 2 anak sebelum so mcm letih sket)
Anak ke-4 = 9 ( pengalaman mengandung paling best sbb tak rasa mengandung pun.. tiada alahan 100%)
Anak ke- 5= 3 (paling teruk dalam sejarah mengandung)

So, kalau orang nak tanya saya ttg pengalaman mengandung ni, saya ada banyak experience. Insya Allah. Apa2 pun saya nasihatkan kepada kawan2 yg mengandung, be STRONG! Saya selalu ingatkan dalam diri saya.. syukur saya mengandung kerana bila kita mengandung kita sedang berjihad. Kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Apa saje kita buat, Allah akan mudahkan setiap urusan. Tapi syaratnya kena sabar. Jangan mengeluh. Saya ni cakap je pandai.. kekadang tu tak sabar dan mengeluh juga. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Mengandung anak ke 5 ni seakan mcm mengandung anak pertama pun ada. Saya tak pernah rasa lembik mcm sotong. Adakah faktor usia yg menyebabkan saya jadi lembik? Mungkin jugak. Sehingggalah saya masuk hospital semasa awal pregnant hari tu sbb batuk dan selsema yg maha hebat. Dengan astma skali menyerang.  Sampai saya inform Husband saya.. "Papa.. cukuplah 5. Saya mmg tak larat dah mengandung."



Kalau saya ni Tuan Puteri, saya boleh relax sungguh2. Baring je atas katil. Tapi bayangkanlah, saya tak boleh biarkan diri saya selamanya lembik. Saya ada 4 orang anak yg amat memerlukan saya. Saya kena tengok kain baju, makan, etc utk semua anak2 saya. Bukan saje anak2.. suami pun saya kena layan. OOOhh Ya Allah.. kalau tenaga mcm superman tu ada jual kat supermarket.. saya dah beli 10 dah kot. Hati isteri.. hati seorang ibu.. manalah boleh buat bodo je kan. Tapi memanglah kan.. kekuatan dan tenaga semua tu Allah yg bagi. Allah tak bagi terus "ting" mcm kayu fairy God Mother kat kita. Tapi Allah akan bagi kalau kita yakin padaNYA dan berdoa kepadaNYA. Ya.. begitulah saya lakukan. Bila dalam kesusahan dan keterpaksaan.. hanya kepada ALLAH sajelah saya mohon pertolongan. 

Alhamdulillah.. dalam keadaan saya begitu, Allah ketemukan saya dgn seorang kenalan internet yg memperkenalkan saya ttg ESP Shaklee. Actually saya pernah mengambilnya pada tahun 2003 dulu semasa mengandungkan Firman. Tapi pada masa tu saya campur ngan susu Anmum. Saya hanya bancuh 1 sudu besar Anmum dan 1 sudu ESP. Ntah saya pun tak ingat kesan pada masa tuh. Yang saya tahu, saya kena minum susu untuk kesihatan baby dalam perut. Ntah saya tak berapa pandai semasa mengandung anak sulong. Tapi saya ada mengambil spirulina. Alamak tetiba terpanggil untuk check  tentang pengambilan spirulina masa mengandung. Sbb saya teringat spirulina kan warna hijau. Alfafa from Shaklee warna hijau dan ia tidak dibenarkan diambil masa mengandung. Kata Dr Zubaidi ni tak boleh. Sila baca komen dia. Tapi mengikut orang yg komen ada yg bagi feedback positif. Wallahualam. Ikut nasib2 juga kan.



Tapi tulah.. apa jua pengambilan supplimen yang kita ambil, kena berhati2 juga. So, untuk pregnancy yang seterusnya saya memang tak ambil banyak sangat supplimen kecuali multivitamin dan kalsium. So sehingga pregnancy skrang ni, saya lebih berhati2 ttg pengambilan supplimen dan Alhamdullillah.. selepas mengkaji ttg testimoni vitamin from Shaklee, produknya sangat baik. Syukur juga ada group dan kawan2 yang sentiasa bagi info berguna. So, tidaklah saya merasa ragu-ragu. Kalau dulu2 tak banyak info boleh search. 



So kisah ESP pula.. Alhamdulillah.. lepas minum Energy Soya Protein (ESP), badan saya sangat bertenaga. Yang penting saya tak berapa lembiklah. OK.. antara kesan perbezaan yang dapati selepas mengambil ESP.
1. Hilang masalah alahan
2. Hilang gastrik
3. Bertenaga sehingga tengah hari
4. Berat badan tidak naik mendadak
5. Hilang rasa lapar

So, saya nasihatkan kepada para ibu yang mengandung di luar sana.. jika mengalami alahan yang teruk dan tidak boleh minum susu.. sila ambil ESP from SHAKLEE. Insya' Allah.. masalah anda dapat diatasi. 




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi iamja untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MARFUZA ZAINAL
Member of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 963895
iamja77@yahoo.com


013-3999441 (Call, SMS, WhatsApp)



Comments