Rezeki Anak Ramai


Baru dpt tgk ulangan dekat tonton.com kerana miss rancangan ini pada hari Khamis malam yang lalu. Alhamdulillah dapat sedikit ilmu dan pencerahan drpd rancangan ini. 

Apa yang saya dpt simpulkan, anak2 ini adalah anugerah Allah. Kita mampu merancang tapi Allah yang tentukan. Saya dan suami mmg suka sangat budak2. Mempunyai anak adalah nikmat yang sukar utk saya ceritakan. Saya happy ada anak dan saya terus berjuang membesarkan anak2. Saya dan suami tak pernah merancang untuk mempunyai berapa orang anak. Namun kebetulan gap sebelum ini 3 tahun setiap sorang. Mengandung anak pertama hingga skrang memang mempunyai perbezaan yang nyata terutamanya drpd segi kesihatan.

 Namun dlm rancangan ini Dr Harlina ada menasihati kepada mereka yang sudah berumur 36 ke atas yang mengandung mungkin mempunyai komplikasi yang agak tinggi. Mendengar keterangan itu, saya sangat mengakuinya. Bayangkan mengandung kali ini saya ada diserang bacaan glukose yang sangat tinggi, letih dan pendarahan yang tiba2 dan disahkan placenta previa pula. Risiko ini selain drpd usia mungkin kerana jarak pregnancy yang dekat dan ceaserian pada tahun lalu. 

Apa yang terjadi kepada saya, saya terima dengan redho. Makanlah vitamin apa pun sesungguhnya penyakit dan penyembuhan itu drpd Allah jua. Apa2 pun kita kenalah berusaha juga kan. Jangan biarkan kita sakit tanpa berusaha untuk menyembuhnya kerana niat kita sihat utk beribadah kepada Allah. Jika kita tidak sihat, bagaiman kita nak beribadah pula. Saya anggapnya sebagai kifarah kepada diri saya yang banyak dosa selama hidup saya ini. Yang nyata, apa yang terjadi ialah teguran Allah kepada saya supaya saya sentiasa mendekatiNYA dan berdoa kepadaNYA. Itulah hikmah yang saya perolehinya. 

Dalam rancangan  Semanis Kurma ini ada menyatakan bila mempunyai ramai anak, rezeki bertambah. Bagi saya rezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah, rezeki kewangan itu ada. Saya tidak katakan ianya terlampau mewah tapi sekadar cukup. Mungkin, bila mempunyai ramai anak ini merupakan pemangkin untuk saya dan suami lebih banyak berusaha utk mencari rezeki. Of course kerisauan melanda diri memikirkan kos sara hidup, kos pendidikan dan sebagainya. Agaknya faktor2 ini juga memberi kami rezeki kasih sayang diantara pasangan suami isteri. Kami berdua belajar untuk memahami, bersabar dan menghormati serta belajar untuk memberi yang terbaik kepada diri dan keluarga. 

Selama saya bercuti ini saya terasa untuk memberi fully komitmen kepada keluarga. Saya rasa happy bersama anak2 dan saya berdoa jika Allah mengizinkan saya untuk berhenti kerja dan memberi komitmen kepada keluarga sepenuh masa. Namun saya sedar, saya perlu manage dan improve masa saya sebaik mungkin. Saya perlu merancang sebaik2nya untuk merealisasikan impian saya ini. 

OK setakat ini catatan saya utk hari ini. Esok saya akan bekerja seperti biasa. Semoga apa yang saya lakukan, Allah memberi yang terbaik kepada diri saya. Amin.

Comments