Jom tengok Movie


Banyak betul citer Zombie skrang ni. KL Zombie la.. Zombie kampung pisang la. Tapi ini citer zombie omputih yang bagi saya, saya boleh terima dan boleh tengok dengan kusyuknya. Lebih2 lagi sbb Brad Pit berlakon kan. Hahhaha.

Semalam, saya membelek VOD HyppTV. Lama la tak langgan dan tak tengok movie. Mmg saya jarang tengok TV. Bila belek Highlight, waaa.. ada banyak citer best. Antaranya tak lama lagi ada Despicable Me 2, Monster University, Man of Steel, etc. Malangnya semua tayangan end of OCT nie.  Saya panggil Firman dan Ryan. Citer apa best? World War Z best tak? Firman cakap.. best Mama.. mcm citer KL Zombie. Haiiyaaa!!! KL Zombie buat apa. Kebetulan KL Zombie yang Zizan berlakon pun ada Highlight flm VOD HyppTV tapi anak2 saya dah tengok kat internet. Biasalah anak2 saya ni.. semua dah advance. Mama ni bukan tak tahu.. takde masa je la. 

Semalam Papa kerja dan saya with anak2 duduk di rumah. Tunggu Papa balik malam, lambat la plak. So, kami tgk dulula. Tengok Preview mmg sangat suspen. 

Saya dan anak2 tengok dengan kusyuknya. Mulut saya terkumat-kamit memberi pengajaran semasa tengok filem ni.

"Tengok tu.. Family dia sama mcm kita kan. Lepas makan, pinggan letak dalam sink," saya bersuara.

Lantas Firman jawab, "Haah.. itu Papa dia suruh, Kalau kat rumah ini Mama yang suruh!!"

Lepas satu adengan.. saya berkata lagi.

"Tengok tu.. sian Papa dia. Kena pergi kerja. Macam Papa kan. Tapi kerja Papa dia bahaya. Dia kena tolong orang. Kalau dia tak tolong orang, cermana nak selamatkan orang drpd penyakit tuh. Mama suka anak2 Mama kerja tolong orang macam Doktor.. Cikgu...".

Ryan mencelah.. "OKla.. nanti Ryan nak jadi Doktor lah!!" sambil fokus balik citer dia.

Si Emran plak, yang asyikla tutup mata sebab suspen akhirnya tertido di sebelah saya. Hahahhaha. Tapi mmg citer sangat suspen. Setiap scene takde yang tak suspen. Terkejut saje. Hahahhaha.

Saya kata lagi.."Tengok ni. Orang jahat kan.. derang tak main tembak2 dah nak bunuh orang. Derang bagi virus mcm Zombie nak bunuh orang. Kalau dalam keadaaan mcm ni, apa pun dah tak penting. X-BOX ker. Rumah besar ke.. kereta besar ke......"

"Yang penting, nak selamatkan nyawa kan Mama...." balas Firman.

Best jugak tengok movie dengan anak2. Semalam Papa mereka takde, so malam ni mereka nak paksa Papa mereka balik awal sbb nak tgk World War Z. Ada 48 jam boleh tengok sampai esok. Pagi tadi mereka dah remind Papa suruh balik awal. Budak2 dah habis xm so saya tak kisah dah mereka bersuka ria. Lagipun mmg waktu camnila mereka suka. Cer suruh baca buku. Bercintalah.. membebel saya paksa mereka study. 

Bagi saya, movie ni sangat best. Walaupun saya dah banyak tengok citer Zombie mcm Will Smith berlakon tu.. aaahh saya tak ingat tajuk dia, tp citer ni still ada pengajarannya yang tersendiri. Aspek kekeluargaan banyak ditekankan di sini sampai saya cakap kat anak2 saya.. "Tengok Papa dia, sangat strongkan sbb dia tahu dia kena jumpa family dia."


Comments