Testimoni baca surah Al-kahfi





Tujuan saya share ni bukan niat untuk menunjuk-nunjuk dan riak ye. Tapi ini ialah berdasarkan pengalaman saya yg ingin sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk drpd Allah. Saya ialah seorang yang sangat jahil.. banyak dosa lagi. Tetapi saya sentiasa cuba untuk improvekan diri saya sebaik mungkin untuk menjadi yang makhluk Allah yang terbaik selagi saya bernafas di dunia ini. 



Masa zaman saya belajar, hanya ayat Yasin saje yang menjadi amalan saya pada malam Jumaat. Habis tu.. semua orang sibuk nak baca Yasin. Saya mmg tak tahu ttg amalam surah AL-Kahfi ni. Well, kelebihan surah Al-Kahi pun saya ketahui melalui FB. Alhamdulillah.. ada bagus jugaklah ttg peranan FB ni kan. Bukan sekadar halaman sosial tp syukur kepada mereka yg selalu share info yang mengajak kebaikan ini. Syukur sbb ada Ustaz dan Uztazah famous juga ada akaun FB kan. So, selalu la update status mereka sebagai motivasi diri. 

Apa yang saya ingat sampai sekrang ttg kelebihan Al-Kahfi ini ialah dgn izin Allah, Allah akan memberi perlindungan kepada diri kita daripada satu jumaat ke jumaat seterusnya. Walaupun termnya ialah menerangi tetapi melalui pengalaman saya, ianya lebih drpd itu. Subhanallah.. Alhamdulillah.. saya bercakap benar. Selepas mengamalkannya beberapa kali, setiap kali saya baca saya mohon Allah lindungi anak2 saya, suami saya, ibu bapa saya dan semua keluarga saya. Dengan izin Allah, apa yg saya dapati saya rasa diri saya tenang, Allah memudahkan segala urusan saya, anak2 semua ok, suami juga ok, saya jadi kreatif dan macam2 lagi kelebihan yg saya sukar nak describe. SAya juga terasa dengan sendirinya Allah melindungi diri saya drpd malapetaka yang tidak diingini. Kalau saya nak buat perkara yang tidak baik, akan terasa di dalam hati debaran yang hebat sangat.  Sesungguhnya, surah Al-Kahfi ni memang hebat khasiatnya. 

Pada hakikatnya, ada kala saya tidak sempat membaca surah tersebut. Banyak dugaannya nak baca.. bayangkan pada hari jumaat, ada kalanya saya terlajak tidur dan tak sempat bangun untuk melakukannya. Sebabnya, bagi diri saya untuk membaca 110 ayat dalam surah Al-Kahfi saya memerlukan 1 jam untuk membaca surah dan maknanya. Itulah bila saya berjaya membaca surahnya sampai habis.. saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH sbb Allah telah memudahkan saya untuk menghabiskannya. Sememangnya semua itu dengan izin Allah.

Ada suatu ketika, saya dah lama tak membacanya. Adala dekat 2 3 bulan tak membacanya. Ntah.. hati pun jadi mcm leka.. keras.. cepat marah dan sebagainya. Pada masa tu saya sedar, adalah dosa2 saya yg saya tak settle lagi. Sy kena pulihkan hati saya. Nak taknak..saya paksa diri saya baca. Tapi ada je halangan. Tetiba baru 2 3 surah nak baca, rasa sakit perut la. Anak2 semua meragam la. Macam2 hal. Lama2 terus tertidur dan tak baca. Memang pun, kalau kita tak baca surah Al-Kahfi ada saje masalah datang melanda. SAya tak tahu.. tapi itu kisah saya.

Hidayah datang semula kepada saya bila saya bersungguh2 nak buat dan paksa diri saya. Ia juga datang bila dugaan tiba seperti anak sakit dan masalah2 lain muncul. Adoi.. maka saya sedar itu tanda Allah nak tegurla diri saya yg sedang berada di comfort zone dan lalai. Kurang ibadah dan sebagainya. Maka saya pun buka balik surah Al-Kahfi dan membacanya. Sbb itu lah bila datang hari Jumaat saya rasa seperti beharga sangat. Kena buat something..jangan sia2 kan hari Jumaat itu.

Esok hari Jumaat.. saya berdoa sangat2 supaya Allah mengizinkan dan memudahkan saya untuk membaca surah Al-Khafi. Sebabnya minggu lepas sy tak sempat baca sbb kes Firman admitted ke hospital. Tapi Jumaat sebelum tu saya baca.. Alhamdulillah. Kan dikatakan surah Al-Kahfi untuk 2 kali Jumaat, so dah 2 jumaat gitu. So, saya kena paksa dan bersemangat untuk membaca surah Al-Kahfi.. niat kerana Allah. Amin. So, jom semua kita baca Surah Al-Kahfi yer... Niat saya utk share dengan semua supaya anda merasai kelainannya dalam hidup anda. Manfaatkan hari jumaat kita selagi kita bernyawa. Itu teguran dan peringatan utk diri saya. Tahu tetapi kekadang terabai.. 

Comments

  1. insyaallah saya juga nak mengamalkannya

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..semoga Allah Ridha dengan amalan2 yg kita lakukan...dan semoga banyak bonus dari Allah Swt kpd Hamba2 NYA yg Bertakwa....

    ReplyDelete

Post a Comment