DUIT


D - Doa , U - Usaha, I - Ikhlas,  T - Tawakal


Baru dengar ceramah Prof Muhaya di galeri IKIM. Sambil2 buat checking buku manual ni, daripada mengantuk boring.. saya paksa dengar ceramah agama. Haiihhh.. barulah segar sket sbbnya baru otak kita bergerak.

Suka prof Muhaya menghuraikan acronym ni. Bagi saya betulla.. kekayaan dan duit semua sememangnya drpd Allah. Dia yang bagi. Ini saya huraikan base on pemahaman saya plak.  Bila kita berdoa, kita akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah suka orang yang mengingatiNYA. Then kita berusaha sedaya upaya kita sbb dalam usaha tu terkandung niat yang murni kenapa kita nak duit? Nak menunjuk.. nak penghargaan orang. So, always usaha dengan niat kerana Allah. So, apabila kita berusaha sedaya upaya kita, kita akan lakukannya dengan ikhlas tanpa paksaan. Kita tahu apa yg kita buat. Lastly, kita tawakal saje. Kita buat yang terbaik.. Allah pastinya akan tolong. Tapi pastikan ada semua elemen itu. Jangan kita inginkan saje tanpa kita berbuat apa2 dan mengharapkan ganjaran yg hebat. 

Hujan di luar skrang. Jom berdoa..

Comments