Cara nak jauhi penyakit

Alhamdulillah.. pagi tadi saya sempat mendengar motivasi di IKIM semasa drive ke pejabat. Kadang2 saya rasa bersyukur juga kenapa Allah masih bagi saya rezeki untuk mencari nafkah melalui kerja makan gaji di kilang jepun ini. Kenapalah agaknya saya tak benti2 kerja lagi. Hahahah.  Mungkin kalau saya berhenti kerja saya tak sempat dengar ceramah agama. Mungkin kalau saya berhenti kerja, saya tak sempat berzikir sepanjang perjalanan saya ke pejabat. Saya merenung diri saya. Haiiishhh.. Saya kena mendisplinkan diri saya setiap masa. Istiqamah. 

Tips utama yg Ustaz Musa tu share pagi td ialah cara untuk elakkan kita terkena penyakit pada hari tersebut. Waahhh saya sangat teruja mendapat tahu tips ini. Saya juga tak sabar nak share dlm blog saya supaya boleh dikongsi oleh semua orang. Yang saya tahu, solat dhuha sbb ia adalah ibadah berbentuk sedekah kepada sendi2 kita. Ustaz tu kata, kalau sendi tu boleh bercakap.. sure dia suruh sedekah. Caranya cukup sekadar 2 rakaat solat dhuha. Insya Allah, badan kita akan sihat waalafiat. Maka saya teringat Opah saya yang skrang berumur 88 tahun. Saya mula terfikir.. ooohh padanlah Opah kuat sbb dia tak pernah tinggal solat dhuha. Solat Dhuha tu dah jadi mcm solat wajib dia. Bukan itu saja, masuk je azan, terus solat. Takde delay2. Tapi pysically dia nampak sihat. Dia masih boleh basuh pinggan. Alhamdulillah dia masih boleh jalan2. In fact ingatan dia pun masih OK. Cuma biasalah dah tua.. adalah sakit2 sket mcm darah tinggi semua. Opah juga solat duduk. Tapi still Oklah bagi insan mcm Opah yang dah berumur ni. Saya harus ikut amalan Opah. Oh yer. Opah saya yg meninggal tahun lalu pun banyak amalannya. 

Ok ni tips Ustaz Musa cara nak sihat dan jauhi penyakit pada satu hari tu. Yang penting jangan tinggallah. Kena Istiqamah. 

Apa caranya?

Caranya ialah Solat Sunat Fajar iaitu solat sunat sebelum Subuh. 

Menurut blog ini.

Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.

Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh". 

Cara nya juga ialah membaca surah "ALAM". Rakaat pertama baca Alam Nasyrah dan Rakaat Kedua bacalah Alam Tarokai.. yakni surah Al-Fiil. Insya Allah 




Jom kita lakukannya secara istiqamah kerana Allah. 




Comments