Ulangtahun ke 11



7 September 2013. Alhamdulillah.. dgn izin Allah, kami masih bersama. 11 tahun. Semoga ia berkekalan sehingga ke jannah. Amin. Banyak suka duka kami bersama. Namun berkat kesabaran dan doa, Allah masih meminjamkan saya seorang suami untuk menjaga saya dan anak-anak. 

Bagi saya, saya tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Namun saya berdoa semoga biarlah ianya yang terbaik untuk diri saya dan suami. Of course saya akan terus berusaha untuk kebahagian keluarga.

Terima kasih kepada Allah kerana memberi kami anak-anak sebagai pengikat kasih sayang kami berdua. Saya sendiri tak pernah plan dan tak pernah sangka untuk mendapat anak seramai ini yang kesemuanya lelaki. Hahahha. Sesungguhnya saya sedar, semuanya atas kehendak Allah yang telah menentukan Qada dan Qadarnya. 

Apa yang penting saya sentiasa berdoa semoga saya dan suami sentiasa sihat walaafiat. Saya juga bersyukur kepada Allah sebab Allah memberi saya semangat dan kudrat dan tinggi untuk menguruskan keluarga. Namun target saya selepas ini mungkin untuk terus berhenti kerja dan menjaga anak2 saya. Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya untuk menjadi suri rumah dan dalam pada masa yang sama dapat menambah wang pendapatan keluarga. Amin.


Comments

Post a Comment