Jom buat qurban

Dalil Al-Quran

Firman allah; 

Maksudnya;Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2) 

 Maksudnya ; “Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

Dalil daripada Hadis

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya; “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Alhamdulillah.. sejak Allah memberi saya kesedaran ttg hikmah berkorban, saya cuba sedaya upaya melaksankannya. Di sini saya bukan nak tunjuk pada orang yg saya buat qurban pada tahun ni. Ooohh tidak!!! Saya sebenarnya nak share kenapa saya nak buat kurban sejak saya tahu hikmah melakukannya. Oleh itu niat saya kepada sesiapa yg membacanya, jom kita buat qurban pada tahun ni dan lihatlah keajaiban yang berlaku pada diri anda pada tahun itu. Keajaiban itu hanya anda sendiri yang merasainya.

Kenapa saya beriya sangat nak buat qurban?
Reasonnya ada 2 sajer. Satu, saya berharap Allah mengampunkan segala dosa2 saya pada yg lepas. Dua, saya inginkan kenderaan semasa melalui titian sirat pada hari kiama nanti. Saya percaya dengan janji Allah. 

Well, ada orang kata baik buat sembelih di tempat sendiri. Yup, saya difahamkan adalah lebih afdal bila kita sendiri melihat saat binatang yang kita nak kurban itu disembelihkan. Kalau saya tak salah, saat darah itu terpercik keluo, saat itulah dosa2 kita diampunkan oleh Allah. "Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan."

‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Ada banyak syarikat2 yang mengelola ibadah kurban di luar negara. Ada EZ Qurban, etc, Search saje di internet atau boleh dengar kat ikim.fm. Kalau bukak majalah ANIS pun ada. Bagi saya, saya memilih EZ Qurban sebab saya dengar di IKIM.fm, harganya berpatutan dan saya mendapat servis yang terbaik sepanjang membuat ibadah ini.

First time saya buat, saya dengar dan terus saya proceed. Setahun itu saya dapati Allah banyak memudahkan hidup saya sekeluarga walaupun saya melalui fasa-fasa dugaan tetapi saya dapat rasakan Allah banyak menolong saya. Ada setahun saya tidak buat sbb saya rasa x cukup duit sbb ada perkara yang saya terpaksa gunakan dulu, then saya rasa hidup saya setahun itu ada yang tak kena. Then ada setahun tu, saya paksa suami saya buat juga. Alhamdulillah, dia melakukannya bersama adik beradiknya. Ooohh semua dengan izin Allah kan. Kita niat saje, pasti Allah memudahkannya. 

Maka bila saya teringat kelebihan yang Allah berikan kepada kita kepada semua hambanya, saya mula terfikir. So, atas sebab2 ini kenapa kita digalakkan mengkayakan diri kita di dunia. Tujuan kita ialah untuk merebut peluang keuntungan yang besar di akhirat kelak. Yang nak mengkayakan diri mereka di dunia suka hatila kan. Allah tak marah pun. Tapi yang penting, kalau kita dahulukan perkara akhirat, In Shaa Allah, Allah mudahkan segala urusan dunia. 

Niat saya pada suatu hari nanti, saya nak buat kurban seekor lembu dan semua bahagian dimiliki oleh semua ahli keluarga saya. Semoga Allah permudahkan. Amin...

Jom kita semua berniat melakukan ibadah Qurban pada tahun ni yer. Di EZ Qurban hanya RM280 saje. 


Comments