In Progress!!!

iamja77
Alhamdulillah.. saya telah berjaya membuat domain baru.. www.iamja77.com. Saya tidak berjaya mendapat kan www.iamja.com. Tak kisahlah. Lagipun dah lama dah mmg tak dapat nak buat iamja tuh dan sebab tula saya create iamja77. i-am-ja sempenan nama saya la... Ja. so 77 tu agaknya semua orang tahula kan. 

Saya sebenarnya telah aktif menulis blog sejak tahun 2003. Mcm2 saluran blog sya guna.. tripod, fotopages. multiply, etc.  Maybe hobi saya suka menulis sejak dr zaman sekolah. Sebenarnya bukan saje suka menulis tetapi suka bercerita dan share. Tapi biasalah, kadang2 mood naik turun dan motivasi hilang. Pada masa tu agak depress bila kita share ada orang komen dan kutuk. So, ada beberapa kes saya tutup blog dan malas nak menulis. Tapi tula, hati ni tak boleh duduk diam. Nak juga bercerita. Bila dah berumur begini, tujuan menulis mungkin sudah fokus ke arah lain. Hati juga dah boleh menerima teguran dan kritikan. Lagipun, sedikit sebanyak saya sendiri dah faham apa yg perlu kita share dan apa yg perlu kita rahsiakan. Janji niat utk sharing itu baik dan tidak menyakiti orang. Lagipun ilmu yang kita share dan bila orang itu mengamalkannya, In Syaa Allah mereka juga akan mendapat pahala. 

iamJA Shop
Saya sedang membuat perancangan untuk membuat kedai online. Saya kena buat juga walaupun sememangnya skrang saya rasa tak cukup masa. Tengoklah mcm semalam, konon nak buat itu ini last2 tertidur pada pukul 10.30pm dan konon nak bangun pkl 3am tapi terbangun pkl 5am. Kira 5am tu mmg dah terlambat utk saya sbb macam2 nak buat. Saya hanya boleh buat tugasan rumah semasa anak2 tidur. Kalau tak.. semua benda tak jadi. Tapi thanks anak sulong saya lah sbb dia tolong supervise apa2 yang patut kat rumah. Lagipun dia faham saya penat, Mama dia tengah mengandung, so dia sangat understand. Syukur Alhamdulillah, anak saya yang sulong dan ke-2, banyak membantu jaga adik2. 

Business online ni ialah projek saya bersama kawan2 MJ. Bukan saya sorang. Thanks kepada sorang sahabat saya yang sangat celik IT yang boleh manage benda2 ni from A-Z. I love you Maya. Maya ialah pemangkin dan pemberi support kepada semua kawan2 untuk bergerak. Yelah.. bagus gak buat business begini.. In Syaa Allah semoga rezeki kami kawan2 semua MURAH dan DIBERKATI. 

As Beauty

Produk ini diperkenalkan oleh kakak ipar saya iaitu kakak pada suami saya. Pada mulanya saya beli hanya kerana nak ambik hati. Lagipun, saya pengguna produk Clinique sejak zaman berzaman. Takdela rasa mcm jatuh standard tapi takut tak serasi. Saya beli dan simpan. Starternya hanya RM50 merangkumi sabun pencuci, krim siang dan krim malam. Biras saya yg mempunyai masalah kulit muka terus mencuba. Lepas setahun dia pakai, kulit dia sangat cantik. Serious cantik. Dan dipendekkan cerita, dia sekarang stokis produk As Beauty ini dan jangan marah kalau dia berjaya mendapat RM2ribu sehari. Memang gila sales dia. So, saya ni bukanlah stokis.. tapi saya support biras saya dan adik suami saya menjual produk ini. So far, saya banyak solve kulit muka kawan2 saya di office dan kawan2 saya yang lain. Alhamdulillah.. mereka terus membeli dengan saya sbb yang akan pos produk ini ialah biras saya yang sangat pantas bekerja. Inform dan order je hari ini, esok sampai. 

Shaklee


Skrang saya cuba sedikit sebanyak utk berjinak dengan Shaklee pula. Skrang ni saya belum aktif sepenuhnya sbb tak sempat.  Kisahnya mcm di atas tu lah. Namun Alhamdulillah.. ada kawan2 MJ, cousins dan kawan2 office yang mana saya inform saya dah jadi member shaklee dan share ttg khasiat shaklee ada yang terus membeli melalui saya. Saya target kepada kawan2 menyusukan anak dan kawan2 yang nak kurus. Alhamdulillah.. ramai yang memberi feedback positif.  Tapi takpe.. saya akan cuba sedaya upaya saya utk memberi komitmen utk sales Shaklee. Shaklee ni memang dah terkenal. Masuk FB je penuh org promote Shaklee.  

Kedai - IN PROGRESS!!




Kedai persendirian saya ialah di iamJA shop. So, utk order online akan link ke ROSADO. Tak payah susah2 nak email saya. Klik saje, insya Allah, barang tersebut akan sampai ke rumah anda. Itulah target kami.  Di ROSADO, semua akan lihat banyak barang yang dijual oleh kawan2 MJ saya. Yang mana ada iamja tu saya punyala. hiks. Saya doakan semoga projek ini berjaya. Amin. 

Comments