FREE


Ya.. FREE. Firman. Ryan. Emran. Erfan. Tapi masuk lagi sorang nak jadi apa?Hahah. Firman suggest adik no 5 nye diberi nama Luqman. SO, FREEL? Blasah.. Papanya pun dah kepupusan idea nak kasi nama apa.. asyik dr dulu je kan reserve nama pompuan. Saya pun takde idea gak. Konon nak remain la Muhammad ***an. Papanya berdoa kot2 la bila keluo, dgn izin Allah keluo anak perempuan. Hahahha. Saje je... Insya Allah.. semua orang boleh terima. Tak sabo menunggu kedatangan adik baru. Due saya sepatutnya pada 9 January 2014 tetapi ikut pengalaman semuanya, saya jenis beranak awal. So, Papa nya berharap adik ni akan dilahirkan sama tarikh dengan birthdaynya iaitu 27 Dec. Hahahha.. no prob. Kita tunggguuuu!!!!

Suka tengok budak2 ni bila happy.. ceria.. gembira.. bikin hati pun rasa tenang, Alhamdulillah. Semoga Allah terus memberi saya kekuatan dan kudrat untuk saya menjaga mereka sebaik mungkin. 






Pemandangan dari bilik Firman di SDMC. Tenang je rasa pada waktu pagi. Anyway.. Firman dah discharge from the hospital malam semalam lepas Doc masukkan Albumin dan kalsium melalui drip ke badan dia. Doc bagi cuti selama seminggu untuk dia berehat. Bayangkan semasa masuk wad 30hb yang lalu beratnya 48kg dan malam semalam beratnya 45kg. 3kg dah turun akibat air yang bertakung dalam badannya. Skrang ni Doc dah prescribenya Prednisolone - 6 biji pagi dan 6 biji malam utk dimakan sehingga 21 Sept. Haihh.. bila dah makan prednisolone (steroid) yang digunakan utk heal penapis buah pinggangnya yg bocor tu. selera makannya bertambah. Baru je makan.. nak makan lagi. Skrang dia dah besar, semua orang dok motivate dan nasihat dia utk jaga makan. Jangan makan food yg bergaram ye Firman.. 

Saya redo dan berserah kepada Allah. Saya sedar, apa yg berlaku kepada Firman ada hikmah di sebaliknya. Allah nak saya dan suami sentiasa mendekatiNYA.. sentiasa berdoa tidak putus memohon pertolongan kepadaNYA. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga dan memudahkan urusan saya dalam menguruskan anak2.  Amin.


Comments

Post a Comment