Saya nak berhenti kerja???

Ok.. sebelum tu saya nak cerita. Semalam saya diemail oleh BOSS saya sbb makan di pantry pda pukul 3.50-4.10pm iaitu di luar waktu rehat yang waktu rehat sepatutnya 3.30-3.50pm. Waktu  rehat tu sebenarnya saya ke surau utk zuhur dan saya cepat2 ke kantin nak beli burger sbb lapo. Dan saya sorok2 ke pantry untuk makan. Ada tukang report!!! Sedihnya!!!! Saya bagi alasan saya.. dia tak terima. Dia cakap kenapa tak pergi waktu lunch.. saya cakap saya penat. Saya nak tidur. Breakfast saya dah makan tapi saya lapo lagi. Sedih tau.. sebab saya nak makan pun kena tegur. Macam satu kesilapan besar... Hati saya mmg tak best. Namun saya berkata pada diri saya.. petanda apakah itu? Wahai hati.. tenangkanlah!! Saya sedih dan gelisah. Uwaaa!!!!

Boleh klik di sini... www.ebookniaga.com/sorryboss/iamja77

E-BOOK ini ialah kisah benar. Cerita saya byk mirip kepada kisah isteri penulis ini. Mari saya introducekan mereka.. . nama penulis ini ialah Firdaus dan isterinya bernama Maria. Dalam kisahnya, bila saya baca mmg menyentuh perasaan saya. Saya boleh menangis sbb imagine diri Maria mcm diri saya.  Kisah saya terpaksa ke pejabat pada awal pagi dan terpaksa berada di jalan raya selama 1 jam. Pegi dan balik.. uwwaa semuanya sama. Saya sangat memahami. Namun begitu, Maria telah solve masalahnya!!! Bila sampai part tu saya mmg rasa terbakar. Uwaaa terus saya kata.. saya nak jadi mcm Maria… Ya Allah!!



Maria telah settle masalah yang saya sendiri amat idamkan..
1.       MENJADI SAHM
2.       Dapat luangkan masa bersama keluarga
3.       Bangun pagi je tidak lagi kelam-kabut hendak ke pejabat
4.       Tidak terganggu ngan politik pejabat

Yang penting bagi saya, dia dpt menguruskan anak2 nya dan sentiasa bersama keluarganya tetapi wang yang masuk lebih drpd gajinya sebagai seorang engineer. Dan saya pasti dengan kesungguhannya skrang, pendapatannya pasti akan jadi lebih besar bulan demi bulan.

Banyak faktor kenapa saya takut nak terjebak buat business. Saya fobia. Masih bagi alasan.. masih dengan dunia saya yang trauma dengan group yang saya pernah join dulu dlm business Uptrend 4 tahun dulu. Saya tak berani. Saya takut. Takut itu takut ini. Takut dengan masa nak handle anak lagi.. nak layan keluarga lagi.. mcm2.   Padahal group ini lebih hebat drpd group yg saya pernah join dulu.  Banyak bezanya. Sesungguhnya kredibiliti pasangan suami isteri amat mengagumkan saya. Mereka berdua ialah seorang ENGINEER lulusan luar negara. Pelajar cemerlang pula. Dah pergi haji dalam usia muda lagi.  In fact, mereka berdua lebih muda drpd saya.  

Ok.. bukan saya nak menceritakan keburukan group lama saya yer. Tapi tula.. group dulu PAKSA. Boleh tu mereka ajar saya, ambik credit card orang dan terus zas. Hati kena kering. Ntahla.. masa tu saya sangat confuse. Kata mereka, ikut cara org berjaya. Sebenarnya, saya bukan jenis mcm tu.. jenis paksa2 orang. Lepas tu kalau nak buat talk kena paksa orang datang. Mereka kata, mereka ajar saya.. guide saya.. tapi sememangnya sampai sudah, saya mmg tak tau cara. Saya beli macam2 buku nak study cara mereka tapi tak gak faham-faham. Sesungguhnya Allah melindungi diri saya. 

Pengalaman buruk saya kenapa saya berhenti daripada buat Uptrend ialah saya diganggu oleh panggilan telefon yang betul2 mengganggu jiwa saya.  Biasalah bila dah distribute flyers semua. Flyers play tunjuk gambar2 org kaya bersama kereta2 mewah mereka. Ntahla.. bagi saya banyak yang tak kena ttg plan Uptrend ini. Tapi takpela.. saya redo dengan pengalaman dulu. Bagi saya, banyak hikmah yang terkandung dengan pengalaman itu. Saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH. Segala apa yg berlaku saya halalkan.

Allah menemukan saya dengan MariaFirdaus bukan Shaklee sebenarnya. Tapi Shaklee ialah peluang untuk diri saya mengorak langkah bersama Maria dan Firdaus. Alhamdulillah, Allah memberi saya jalan dan terpulang kepada diri saya untuk memilihnya atau tidak. Saya tidak dipaksa langsung. Sama sekali tidak. Apa yang saya nampak ialah jalan yang mendekatkan diri saya kepada Allah melalui perniagaan. Saya sedar, niat untuk berniaga dan kaya perlu tepat dan yang paling penting kerana ALLAH. Kenapa kita nak kaya? Salah niat mmg takkan berjaya. Yer saya akui masa saya buat UPTREND dulu sbb saya sendiri pun tak tau kenapa saya nak buat benda tu. Terpengaruh ngan kawan pun ada. Tengok orang beli keter besar kot… saya nak jadi mcm merekalah. Ntahlah.. ada reason kenapa Allah tak memudahkan saya mendapat rezeki drpd UPTREND. Sebab tulah saya kata.. saya redo. Ok lupakan kisah UPTREND yer.. biarlah. Semoga MEC saya dulu Saadiah dan Nizam berhagia dan dilindungi Allah selalu ye. Saya suka Kak Saadiah tu. Dia baik sangat. Bagi saya mereka ok je.. mungkin takde rezeki saya dengan business ni. Tu je. 



Maka...Dengan lafaz BISMILLAH HIRAHMANIRAHIM.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Saya ingin membuat business Shaklee kerena Allah. Saya ingin membantu orang. Saya nak kumpul duit bukan sebab saya nak beli kereta besar dan rumah besar, tapi kalau Allah bagi saya syukur sangat2. Tapi aim saya ialah.. apa yang  saya pernah berdoa di depan Kaabah ialah… Pada hari tua saya nanti, saya ingin mengerjakan umrah bersama suami saya pada bulan Ramadhan setiap tahun sehingga ke akhir nafas saya.


Namun begitu, sudah pastinya saya ingin mempunyai masa yang banyak bersama keluarga saya. Saya ingin membesarkan anak2 lelaki saya di tangan saya sendiri dan semoga kesemua anak2 saya menjadi insan yang soleh dan menjadi pencen kubur saya dan suami.




Apa yang saya perlukan ialah masa, kelapangan, kesihatan dan rezeki yang halal. Semoga Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka2. Sesungguhnya, saya sedar apa2 pun bukan milik kita. Apa yg saya terima ialah milik Allah. Semoga saya dapat RESET semula diri saya dan memulakan hidup yang baru dengan penuh semangat dan ketabahan demi memenuhi impian yang saya hajati. Semoga Allah merestui niat dan hajat saya ini.

Akhir sekali.. buat masa ni.. saya belum berhenti kerja lagi. Saya akan terus berdoa dan berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan jalan terbaik utk diri saya. Amin.

Comments