إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Norul Awatif Romli (Harian Metro)
Kajang: “Sebaik tiba di lokasi kejadian sebak hati saya melihat Rohaya tersepit kerana kepala lori itu menghempap kereta dipandunya manakala mayat tiga anaknya sudah dikeluarkan dan terbaring di atas jalan raya.”
Demikian kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohana Hussin, 59, yang juga majikan kepada Rohaya Md Rabi, 35, yang terbunuh bersama tiga anaknya dalam kemalangan ngeri, di sini, semalam. 
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 8 Jalan Bangi-Kajang, berhampiran Jambatan Teras Jenang, ketika Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya dalam perjalanan dari Bangi untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang. 

Tiga anak Rohaya yang maut di tempat kejadian ialah Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, setahun, manakala Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dirawat di Hospital Kajang (HK).

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Saya mendoakan Cikgu Rohaya berbahagia di alam barzakh sana dengan penuh ketenangan dan kedamaian bersama2 anak-anak yang pastinya menjadi ahli syurga. 

Saya sebak .Keadaannya yang meninggal dunia ini akibat kemalangan bersama anak2nya pastinya menjadi kesedihan kepada semua terutamanya kepada suaminya. Kesemua insan yang disayanginya kecuali seorang anak lelaki yang masih dalam keadaan kritikal, diambil oleh Allah dalam sekelip mata. Bayangkan mungkin malam tadi mereka semua bergurau senda, bercerita itu ini, si ibu pula sibuk mengemas dan memasak, etc... dan rutin dan keadaan itu tidak akan berlaku lagi pada hari esok dan seterusnya. Bagaimanalah perasaan si suami kan?? Balik rumah saje kosong. Tiada jeritan dan gurauan anak2. Tidak ada gelagat anak2 yang menyambut  si ayah di muka pintu. 

Sepi.

Saya muhasabah diri. Tugas Allahyarhamah  menjaga anak2 mengingatkan diri saya menjalankan rutin yang sama pada setiap hari. Pada masa yang sama juga menginsafkan diri ini. Ajal dan maut kita sudah ditetapkan dan kita tidak tahu bila. Tak perlu tunggu hari kiamat, kiamat dekat diri kita ni ialah anytime. 

Ya Allah.. ini lah kisah yang memberi kesan pada diri saya. Situasi saya pagi tadi bersama anak ke-2 saya, membuatkan saya berdoa kepada Allah supaya Allah memberi saya ilham dan cara untuk saya sentiasa calm dengan situasi saya menghadapi dengan kerenah anak2. 

Astagfirullahalazim. Pagi tadi saya memarahi anak ke-2 saya. Sebabnya, hhhmmmm.. bangun pagi habis satu tilam. Mcm2 bermain di fikiran saya. Kadangkala2 saya ok bila face situasi ini. Tapi pagi tadi saya tidak boleh kawal kemarahan saya. Sebabnya weekend ni, kami sekeluarga akan pergi bercuti. So, tugasan weekend saya kena disiapkan pada weekdays ini. Cuci baju, basuh baju, lipat baju. Kalau tak siapkan, saya akan problem pada hari Selasa pada minggu hadapan. Tak termasuk membawa balik baju kotor untuk 3 hari bercuti. Dalam keadaan saya yang pregnant ni lagi. Dengan keadaaan anak2 yang lasak belaka. Boleh jadi kalut sebenarnya. 

Kisah Cikgu Rohaya memberi lesson kepada saya pada pagi ini. Tetiba teringat kata-kata yang bermain di fikiran saya, "Orang yang berjaya ialah orang yang mencari solusi dengan masalah yang dihadapinya. Bukan insan yang sibuk menceritakan kisah masalahnya dan berada dalam masalahnya (remain with the problem)." Kata-kata ini sangat bermakna kepada saya dalam pelbagai sudut. Waduh!!!  Jadi saya tak boleh nak marah2  Ryan lagi. Saya kena cari solusi. Kejap lagi saya akan buat research la nampaknya. 

Subhannallah. Saya sayang semua anak2 saya. Bagaimana pun mereka, dalam umur mereka begini mereka tidak berdosa. Yang berdosa ialah saya. Lesson for today.. jangan marah anak2 yer. Tahan marah.. tahan marah. Jangan terpengaruh dengan kata2... jangan berlembut dengan anak2, nanti mereka naik kepala.

Yang penting.. take your vitamins!!! Makan ESP untuk menambahkan tenaga. Disamping itu berdoa dan baca tasbih, tahmid, takbir dan tahlil setiap hari. Cakap pada diri sendiri...

Comments

  1. Al Fatihah. Ja, anak arwah ada 7 org semuanya.

    ReplyDelete
  2. Tula.. Ja baru tau. Yang tinggal anak dia hat sulong 10 tahun dan 6 tahun. Lagi satu now kat ICU la kan. Ada member sroang ni duk Bangi.. dia kata, suami dia masa dapat tahu terus pengsan. In fact tak pegi pun masa pengkebumian. Tak sanggup.

    Menurut citer anaknya, Mak dia pagi tu kelam kabut. Semua benda nak cepat. Biasala Mak mak kan.. semua benda nak kena ingat dan buat. Katanya kereta kancil tuh duduk kat salah jalan. Bukan lori salah lah. Tapi apa2 pun, semua tu penyebab je kan. Mmg dah ajalnya gitu. Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete

Post a Comment