Terfikir dan Berfikir

Lama saya tak update blog. Citer raya maleh nak update boleh? Sbb hari raya kali ni last minute Cik Somi buat decision x balik kelate sbb cuti x panjang.  So, kami balik Taiping saje. Tu pun 1st raya baru bertolak balik. Then.. pagi raya kami beraya di rumah boss Cik Somi yg tak bape jauh dr rumah. Di Taiping oklah.. makanan mmg happening. Bak kata Cik Somi saya.. makan tidur.. makan tidur. Hahahahha.. Well, hari raya kali ni takde gambar family. Tak kisahlah.. saya pun ok je. Kami laki bini mmg camtu.. sokmo belasah je. Tak banyak kerenah. 

Hari ini sy dh start kerja. Anak2 ke rumah bbsitter. Saya dah start pakai kereta Cik Somi. 1st time bawak. Cik Somi plak dengan kereta barunya. Kereta myvi saya kasi bapak saya. Alhamdulillah.. so far segalanya dipermudahkan. Pesanan Cik Somi.. jangan kasi kemek kereta saya. In Shaa Allah. Budak2 nampak selesa pagi2. Kelihatan muka Cik Somi sangat happy. Saya tahu, dia work so hard utk kami sekeluarga. So, takpelah saya susah payah sket. Bapak saya pun happy juga dpt myvi. Saya gembira bila lihat semua orang happy. 

Actually pada bulan puasa yg lalu banyak kisah dugaan saya. Sbb tu saya malas la nak update blog.. fb.. semua saya malas. Sy dikejutkan dgn result glukose atau kencing manis yg tinggi. Udahlah check up kat klinik kesihatan. Procedure yg sangat complicated. Saya kena refer ke Hosp putrajaya. Nasib baiklah dah ada buku kat sana. Sy siap dah beli glukose test yg ambik darah tuh. Lps makan, 2 jam lepas tu check. Sampai saya dinasihati kena pakai insulin. Finally, Dr Hamidah kata buat test lagi kat rumah. Next app lps raya inform dia. Then baru dia buat decision. Lps ni sy tak pergi lagi ke klinik kesihatan. Tetiba doktor kat KK buat saya stress. Nurses dia semua OK. So, sy refer ke Dr Hamidah jelah di Hosp Putrajaya. Penat dgr bebelan dgn Pegawai Perubatan yg mcm bagus. Belum jd Doktor pakar lagi dh buat asumption. Nak je cakap.. hello.. saya ni dah beranak ramai tau.. awak tu just belajar theory je tau. Selama ni sy jumpa dr pakar tau takde pun complicated mcm bagus dgn decision anda. Haihh.. mmg saya sabo dan redo jelah. Udah saya yg buat decision nak check up kat situ. Sabo sabo.. 

Then kisah seterusnya dgn Erfan yg cirit birit. Pukul 6 pg sy bawak ke emergency SDMC. Udahla Cik Somi nak ke Sabah. Firman dan Ryan saya suruh tdur rumah bbsitter sbb esok nak ke sekolah. Ooohhh.. saya pun x tahulah bagaimana tahap ketenangan dan sebenarnya BLANK sy pada akhir2 Ramadhan itu. Sy tak boleh buat decision wisely. Dgn badannya yg demam panas.  Sy teringat kes Emran kecik2 yg teruk bila kena cirit birit sampai keluar darah dan muntah2. Doc decide nak admit. Ntahla.. masa tu sy ok je. Tp lepas kena tunggu insurance approval, baru sy bleh fikir. Tetiba Erfan nampak aktif lepas makan ubat semua. Dlm tempoh 2 jam menunggu itu saya inform hospital, sy akan monitor anak saya dulu. Later on kalau takde improvement saya akan bawak ke spital semula. Sy htr Emran dan Erfan ke rumah bbsitter. Sy tawakal kepada Allah. Sbbnya.. saya takde cuti. Ada kerja urgent di pejabat sbb dekat nak raya ni dan lagipun Japan pun akan cuti panjang. "Ya Allah permudahkanlah urusanku Ya Allah. Aku tak terdaya Ya Allah. Berilah yg terbaik kepada diriku." Mmg pada masa tu.. itu jelah yg saya berfikir. Terkumat-kamit saya dengan La Haula Wala Quwata Illa Billa Hil A'liyil A'zim

Alhamdulillah.. semuanya kembali OK. Cik Somi buat decision tak balik Kelantan kerana kekurangan cuti. Nasib baik MIL ada di KL dan saya sekeluarga sempat beraya bersamanya. Minta ampun.. minta maaf. Sy prepare duit raya utk anak2 saudara Cik Somi yg ada di sana. Siap tulis nama lagi pada sampul. Aha.. mmg tiap2 tahun pun buat begitu. 

Sampai skrang saya masih tidak tahu jantina anak dalam kandungan saya ni. Insya Allah minggu depan check up, akan saya update. 

Setiap dugaan dan kesusahan pasti ada detik kesenangan selepas itu. Sy mmg yakin dgn janji Allah dlm surah InSyirah ini. Ayat inilah buat saya selalu sabar. Walaupun kadang2 sebenarnya tak boleh nak kawal.. hahahha. terpaksalah Istigfar banyak2. Kita manusia biasa gitu kan... Namun, kegembiraan itu selalunya tidak lama.. akan disusuli jua dgn dugaan lagi. Namun syukur alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terkira itu. Maka saya dpt ilham selepas mengingatkan semula amalan Prof Kamil, utk elak drpd musibah dan saya lihat beliau banyak berpuasa dan bangun malam. Maka saya mendapat kesimpulan, bila kita banyak membuat ibadah kerana Allah.. In Shaa Allah, Allah akan pelihara diri kita. Bangun malam.. berpuasa.. semua tu perlukan pengorbanan dan semangat yg tinggi. So, utk elak dugaan yang melanda.. buatlah ibadah kerana Allah. Semoga peringatan utk diri sendiri ini membuatkan saya berusaha bersungguh2 dalam mencapai tujuan menjadi isteri, ibu, anak, pekerja dan hamba Allah yg diredhaiNYA. Amin. 


Comments