Pengalaman Beranak

Firman 2003

........................................................................................................................................................



IKLAN



.....................................................................................................................................................

Alhamdulillah.. cepat masa berlalu. Hari nie genap kandungan saya 19 minggu. So, Insya Allah lagi 19 minggu. Mengikut pengalaman pregnancy saya, semuanya lahir dalam tempoh 38 minggu. Firman, Ryan dan Emran semuanya exactly dilahirkan pada usia kandungan saya 38 minggu kecuali Erfan pd usia nak masuk 35 minggu. 

Bagi saya, saat mengandung dan melahirkan anak itu sangat indah. Saya suka saat bila saya dan suami berada di hospital menanti baby kami yang bakal keluar. Tak sabar!! 


Bagi saya, mengandung kesemuanya mempunyai pengalaman berlainan dan bagi saya setiap kali melahirkan mereka seperti baru pertama kali melahirkan anak. Hahahaha. Sebabnya, Cik Somi selalu tegur saya,  "Dah banyak kali beranak pun tak reti push ke?". Dahla dia berkata2 di saat saya tengah meneran. Time tu nak stress pun tak boleh.. cuba lagi dan cuba lagi sampai baby keluar ler.

Mengandung dan beranak anak yang pertama, sesungguhnya saya tidak mempunyai banyak ilmu. Apa yg orang advise, itu jelah yang saya buat. Advise drpd keluarga, kawan2 opis dan pembacaan sedikit sebanyak melalui buku dan di internet.  Tahun 2003 yang lalu, orang just update gambar2 mostly kat fotopages.. multipy. Tu pun masa tu nak beli digital camera pun mahal. Nokia ada la keluarkan camera handphone tp pd masa tu sy tak mampu nak beli. So, seingat saya saya membeli digital camera yang kecik saje yg takdelah mahal sangat. Tu pun dah cukup bersyukur sbb ada digital camera. Hasil drpd camera itulah saya update gambo2 keluarga saya di FP. From FP saya berkenalan dgn ramai kawan2. Maka semasa mengandungkan anak ke-2, Alhamdulillah.. saya banyak improve amalan saya. Saya juga bertukar monthly check up saya ke private clinic. Pada masa tu saya yg jahil ini berjumpa dengan sebuah klinik Maternity FEMICARE namanya dan skrang dikenali dengan KLINIK PAKAR PUCHONG. Sy bertemu dengan seorang Chinese Gynae yang bernama Dr Tan Boon Khim. Bermula anak ke-2 hingga anak ke-4, saya hanya commit dgn Doktor Tan. Kos rawatan di klinik nya tidak mahal. Kalau time ngandung anak ke-2 tahun 2005, kosnya tak sampai RM70. Just that masa time Erfan pd tahun 2011 - 2012, kosnya dalam RM110-RM120. Bagi saya still tak baper mahal berbanding dgn check up di hospital yang almost RM200. Kalau saya terpaksa berjumpa Dr Tan di KPJ Selangor, mak aiii.. standby lah dalam RM200 or more.


Appointment di Klinik Pakar Puchong yg tidak jauh drpd rumah saya itu sebenarnya amat mudah. Saya tak perlu mengambil cuti kerana waktu operasi kliniknya bermula jam 7pm - 9pm. So, balik kerja just jumpa Dr Tan. Saya juga tidak perlu tunggu lama kerana patients dia di klinik tak ramai mana pun. So, mmg mudah bagi saya semasa maternity check up sebelum ini. Semuanya akibat pengalaman saya dengan anak sulong yang terpaksa check up di government hosp. Saya terpaksa cuti seharian.. saya terpaksa menunggu seharian. Dah la pada masa tu baru kerja, dan sememangnya reputasi sy mmg sngt teruk sbb asyik cuti. Dan kes ini berulang semula kali ini. Haiishhh.. nak buat cemana kan. 



Beranak di KPJ Selangor or dulu dikenali dengan Selangor Medical Center utk anak ke-2, ke-3 dan ke-4 mmg sangat best. Wad bersalin dia pun best. Pada masa tu, saya rasa bersyukur sangat sbbnya nurses kat situ jaga saya sangat best. Cik Somi bersama saya dalam bilik itu pun kelihatan relax. Berbanding dulu di Gomen Hosp, saya sakit sangat pun nurses buat bodo je. Mereka tinggalkan saya bersama suami yang tiada pengalaman. Tingat lagi.. ala.. kejap lagi tu kejap lagi tu. Saya baper kali suruh suami saya panggil nurses tapi mereka mcm buat layan tak layan. Malas nak ingat... tp masa tu saya rasa sakit ya amat sangat dan terasa takut nak beranak lagi.  Atas pengalaman buruk saya kononya..(buruk tak buruk.. ada orang lagi teruk kan), maka bila mengandung kali ke-2 saya nekad utk beranak di private hosp. Walaupun sy mendapat tentangan hebat drpd Cik Somi, sy inform dia.. saya akan uruskan semuanya drpd A-Z. Cost semua saya tanggung sendiri dan nak tunjuk perbezaan padanya. Di SMC pada masa tu, Alhamdulillah saya beranak secara normal dan kos hospital pada masa tu hanya RM1500+.













 Emran(2009)

Beranak anak ke-2 dan ke-3 sememangnya sangat mudah dan indah. Allah permudahkan urusan beranak saya, syukur sangat. Namun melahirkan anak ke-4, pengalaman baru melanda. Saya terpaksa buat pembedahan Ceasarian kerana kes sonsang dan pada masa tu air ketuban pecah sangat cepat pada usia kandungan saya 34+ week. Saya terpaksa beranak lebih awal. Saya tak prepare apa2 pun termasuk beg ke hospital. Pada masa tu juga, Cik Somi bersiap utk berangkat outstation ke Terengganu. Mengandung anak ke -4, saya sangat aktif. Saya tiada masalah nausea dan sakit2 selama kehamilan saya sampai saya tak pernah rasa saya mengandung. Sy boleh pergi bercuti merata2 termasuk USS. Tetapi, Allah uji saya dengan CZER yang mana lagi sakit drpd beranak secara normal. Melahirkan anak itu mudah kerana saya tidak rasa apa2 tetapi tempoh berpantang itu sangatlah nightmare. Sakitnya Allah saje yang tahu. 

Pengalaman berpantang saya juga berbeza dan terasa seperti 1st time beranak. Udahlah kos hospital pada masa itu almost RM11k. So.. atas pengalaman ke-4 inilah, saya terpaksa redo untuk deliver baby ke-5 nanti di Government Hospital semula. Juga, Cik Somi yg sudah agak 'veteran'( taknak cakap tua la kan) itu Alhamdulillah sudah concern pada diri si isterinya. Dia menasihati saya supaya cari gynae perempuan sahaja utk anak ke-5 nya. Banyaklah artikel yang dia suruh saya baca dan saya just glad sangat2 atas inisiatifnya. Tapi tula.. dia cakap je.. saya jugakla kena google dan membuat pilihan yang terbaik. Plan nak ke Annur or AzZahra di Bangi tapi saya rasa jauh sangatla plak. Akhirnya dengan izin Allah, saya baru tau program FPP dan Dr Pakar di Hosp Putrajaya dan saya hanya refer kepada Dr Hamidah. Syukur Alhamdulillah. So, saya buat pembentangan kepada Cik Somi atas result saya dan informnya kos pun tak baper mahal berbanding dengan KPJ dan if terpakza Czer pun it just not more than RM4k. Reason pemilihan FPP juga utk pastikan ada katil dan banyak jugaklah kelebihannya.




Apa2 pun, semoga Allah memudahkan urusan saya mengandung dan beranak kali ini. Amin.





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi iamja untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MARFUZA ZAINAL
Member of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 963895
iamja77@yahoo.com

013-3999441 (Call, SMS, WhatsApp)

Comments