Pemakan Vitamin Tegar



Vitamin sememangnya menjadi makanan saya sejak saya zaman sekolah lagi. Lagi satu bab kurus. Apa saje suppliment yg boleh bagi saya kurus, saya sanggup makan. Masa saya zaman sekolah dulu, saya suka makan jamu dan minum teh jamu semua tuh. Mama saya selalu marah saya sbb saya ni terlampau concious sangat. 



Skrang saya dah berumur hampir 36 tahun dan saya masih makan vitamin. Cuma dulu, sebelum saya diperkenalkan dengan brand Melaleuca, saya kerap ke Farmasi jika kehabisan vitamin. Sejak Cik Somi saya menjadi ahli Melaleuca, saya tidak akan putus stok vitamin. Itu sangat best sbb dia juga akan makan vitamin yang sama. Selalunya memang suppliment ini cukup2 sebulan dan Alhamdulillah, kami telah berjaya maintain makannya selama setahun. Selain drpd suppliment Melaleuca, setiap malam juga saya tidak akan miss minum Green Tea brand Cane. Ooo, selain itu saya juga makan Evening Primrose Oil. Evening Primrose sememangnya vitamin favourite saya sejak dulu utk melancarkan kitaran mestrual dan mencantikkan kulit. Just that saya tidak ambilnya semasa mengandung. Tetapi ada fakta menarik tentang Evening Primrose Oil. Saya mengambilnya semasa kandungan saya berumur 35 weeks ke atas sbb Evening Primrose akan mempercepatkan dan memudahkan melahirkan baby. Fakta ini just saya tahu semasa mengandung anak ke-2. sebenarnya semasa mengandungkan anak ke 4, saya mengambilnya awal sangat sbb tulah terberanak awal. Hahhahaha. Boleh refer sini. 



Tetiba saya melihat orang memperkenalkan suppliment Shaklee. Kalau masuk FB, asyik iklan Shaklee. Saya jadi curious. Ada sorang member dapat income 4 angka sebulan dengan menjual suppliment Shaklee. Sebenarnya, Melaleuca juga mempunyai strategy berniaga dan menjana income tetapi saya tidak berminat. Saya hanya nak beli produk dia saje untuk kegunaan sendiri dan bukan menjual. Hahahah.. semuanya kerana pengalaman Uptrend la. Trauma!!! Hahahah. Well saya study marketing strategy dia. 

Sebenarnya, brand shaklee dah lama sangat. Saya sememangnya consume Protein ni semasa mengandung anak pertama lagi. Memang setiap bulan habis je beli. Orang kata nak bagi sihat dan anak comel, saya layannnzz. Tapi dah habis mengandung, saya stop lah sebab utk mendapat stoknya saya kena ambil melalui kawan mak saya kat Taiping. 10 tahun dulu manalah orang rajin buat jual online. Info pun tak detail. Tahu sket2 je. Skrang nak tau sesuatu produk tu just tanya Cik Google je kan. Dasyat kan skrang.

Bagi saya, Shaklee telah membuat strategy yang hebat utk menarik para pelanggan. Akibat pengaruh internet, jamu2 yang telah diamalkan oleh generasi lama kita telah bertukar kepada vitamin2 Shaklee. Shaklee memperkenalkan set bersalin, set menyusu, set mengandung, etc. Hebat!!!  Saya impress dan banyak testimoni memuji dan memberi ranking yg hebat selepas mengggunakannya.




Saya menggunakan Set Jamu Bersalin Amway untuk anak pertama hingga ke 4. Saya plak terasa tak lengkap confinement days saya without set Amway ni. Sebenarnya, set Amway tu saya tak habis pakai pun esp masa melahirkan Erfan yg saya terpaksa czer. Yang Jamu tu confirm saya dapat habiskan dgn jayanya. Tetapi, jamu ini tidak digalakkan semasa anak terkena jaundice. So, memakan jamu ada dilarang sama skali. Jadi strategy Shaklee berjaya mempengaruhi orang ramai hanya dengan vitaminnya saje. Walhal, set vitamin Shaklee ada terdapat dalam Melaleuca tetapi group Melaleuca tidak mempromosikan produk mereka sebegitu. 

So bagi saya.. tak perlu makan jamu pun its OK. Jamu-jamu ini ialah suppliment yang diperkenalkan oleh orang Indonesia dan nenek moyang kita. Ia termasuk akar2 kayu semua tu lah seperti manjakani. Cuba baca kisah Mariam semasa melahirkan Nabi Musa. Mariam hanya makan kurma saje. Takde pun dia makan akar2 kayu or manjakani semua. Cuba kaji orang putih plak, mereka juga ada suppliment mereka semasa confinement. Sama juga dengan orang India dan Cina.  So, untuk produk halal dan toyibah ni saya terpengaruh dengan set bersalin Hiraq  oleh Raja Mazian. Tengoklah nanti cemana, saya akan list down produk yang saya perlukan saje semasa dalam berpantang untuk produk Hiraq. Untuk produk Shaklee saya akan beli Alfafa dan ESP utk membanyakkan susu dan menguruskan badan dan memperbaiki dalaman saya. Percayalah.. apa yang kita makan semuanya dengan izin Allah. Allah juga lah yg menyihatkan kita dan mempertemukan dengan suppliment2 ini semua. 





Insya Allah, saya akan share lagi amalan dan ilmu yang saya tahu hanya sedikit ni di blog saya. Tetiba saya rasa nak menulis sbb itulah minggu ni saya terajin sket. 

Sekian. 

Comments