KAYA?!



Jika anda ingin kaya & berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya & berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu "berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa. 

Binalah kekayaan & kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang.

Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. - azizanosman -

Ok now, something dah open my mind. Hari tu saya mentioned saya taknak kaya. Tapi bila baca status ni, something telah membuka minda saya ttg konsep sebenar kekayaan. Tetiba hati saya bertanya.. Apa tujuan saya nak kaya? Saya melihat seorang kenalan di FB berusaha bersungguh2 utk menjadi kaya. Saya sudah menceburi pengalaman seperti UPTREND dan ianya membuatkan saya serik. Namun syukur alhamdulillah atas pengalaman itu dan ini membuatkan saya sentiasa beringat dan berhati-hati. Saya mula berfikir? Kenapa ye saya masuk UPTREND dulu? 

Saya mengenali seorang insan yang saya kenalinya melalui alam maya. Petikan di atas tu saya petik drpd FB nya. Pasangan suami isteri ini masih muda dan mereka ada matlamat tersendiri kenapa mereka ingin kaya. Mereka berdua tidak seperti leader saya semasa UPTREND dulu yang saya melihat background mereka sangat menarik. Mereka tidak mempunyai masalah kejatuhan seperti leader saya dulu. Dulu, cerita kejatuhan mereka yang naik semula itulah yang membuatkan saya kasihan dan insaf. Namun banyak konsep kumpulan mereka itu mempunyai ciri2 duniawi. Mereka memaksa dan menunjuk2. Promote kereta besar.. untung besar.. hhhmmm.. ntah saya pun tak tahu apa yg jadi kepada mereka sakrang. Semoga mereka dpt mantain dan business mereka terus berkembang.

Saya sememangnya takut untuk berbusiness especially bila melibatkan menjadi agent utk produk2. Konsep downline dan upline, dan saya takut untuk memberi komitment apabila melibatkan menjana kewangan dalam tempoh 3-4 bulan. Ramai yang kaya dan cemerlang  dlm tempoh yang singkat dan akhirnya membuat keputusan utk berhenti kerja. Bagus sebenarnya terutamanya memberi motivasi kepada ibu2 seperti saya supaya meluangkan masa yang lebih di rumah drpd setengah hari di pejabat. Saya sangat mengimpikan suasana itu. Duduk di rumah dan bekerja di rumah. Saya suka.. tetapi berapa lama saya dapat mantain kedudukan kewangan itu?  Bolehkah saya melakukannya untuk 5 tahun? 10 tahun? Dan sampai bila saya hendak menjadi agent produk itu? Tak kiralah insurance ke.. investment ke.. dan macam2 lagi? Dan saya tahu untuk kekalkan momentum itu, saya kena kerap mendapat motivasi drpd upline. At least pergi kelas Dr Azizan untuk mendapat tips2 dan semangat2 yang baru. Selalunya begitulah utk kita terus kekal dalam bidang yg kita cerburi. 

Saya berkata kepada diri saya.. at least saya bekerja makan gaji, saya dpt mantain expenses saya setiap bulan. Jangan lari budget sudah.

Tengoklah cemana.. pasangan yang saya kenali ini mereka menjual produk Shaklee. Saya order melalui mereka ESP - Energy Soya Protein, gitulah full name produk dia. So far, saya minum sepanjang bulan puasa sangat best. Badan saya sangat energetic dan paling penting saya tidak rasa lapar. Gastrik hilang pd setiap Pagi. So, bila saya nak repeat order, Maria namanya, menyarankan saya menjadi ahli. Banyak benefit bila menjadi ahli. Saya memang plan nak menggunakan produk set kehamilan apabila deliver nanti. Banyak testimoni terbaik yang saya baca tentang produk Shaklee. Sebenonya ikutkan sama je ngan Melaleuca. Tetapi sbb Maria dah share banyak tips dan ilmu berguna untuk menjana pendepatan melalui Shaklee saya sangat teruja. Konsep, ilmu dan cara yang dia share melalui email kepada saya amat bagus. Kalau produk ini sudah bagus dan menjamin kepuasan kepada para pengguna, sudah pasti ramai yang akan mencari distributor dan ingin memiliki produk Shaklee kan. 

Kita tunggu dan lihat tindakan diri saya nanti... Moga2 Allah memberi laluan yang terbaik kepada saya. In Shaa Allah. Amin.

Comments