Jumaat yang busy

Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan saya pada hari Jumaat semalam. Saya ambil advanced leave untuk uruskan anak2 saya. Hari saya semalam bermula pada pukul 5 pagi dan berakhir pada pukul 2 pagi, 31.8 dan saya bangun untuk solat Subuh pada pukul 6 pagi. Dan skrang saya di depan PC untuk mulakan hari saya sebaik yang mungkin. Subhannallah!! Dengan izin Allah saya rasa kuat dan sihat walaupun saya mengandung, still breastfeed Erfan dan terpaksa menguruskan anak2 saya. 

Saya bukan nak promote yer.. tapi saya nak share sebab saya mendapat solusi untuk mencergaskan diri saya. Saya merasakan Allah memakbulkan doa saya untuk sentiasa sihat menguruskan rumah tangga saya sebaik mungkin - menjaga suami dan menjaga anak2 saya. Walaupun saya dah makan vitamin2 from Melaleuca, saya telah terpengaruh dengan khasiat 3 supplimen ini. Tula.. bila dah jadi ahli Shaklee.. saya jadi GILA!!! Gila dengan khasiat dan testimoni benda alah ni. Sbbnya makan vitamin2 Melaleuca tu seakan belum selesai lagi masalah saya. Agaknya sbb saya pregnant la kan.. stamina dan nutrisi kena tambah lagi.


Selepas seminggu saya minum 3 campuran ini, saya rasa badan saya sihat dan bertenaga. Gastrik saya hilang pada setiap pagi dan saya rasa OK kalau tak ambil meal berat seperti nasi lemak utk breakfast. Kuantiti saya ambik pun sket dan tak banyak. OKla.. bagus untuk kes saya yang mempunyai masalah kencing manis buat masa ni masa mengandungkan. At least, saya tak kena bebel ngan Doktor kat Klinik Kesihatan tu. (Ok... Dr Indon cakap kat saya semalam selepas saya mengadu kat dia pasal Dr di KK ni.. dia kata.. itu tanda dia concern dekat you la tu. Takpe.. dia baru nak belajar. Hahhaha.. bagusnya Dr Indon, mempositifkan minda saya. Itulah kata2 Dr yang sudah berumur 67tahun OK. I like Dr Indon.)

Semalam, saya mmg blur. Saya tak keruan nak buat mana satu. Cuti 1 hari tu mcm2 nak kena buat. Tapi saya tahu semalam saya kena bawak Firman ke hospital dan Ryan ke dentist. Firman kena buat blood test utk check kandungan Albumin dan Proteinnya sebab muka dia dah sembab sangat dan batuknya tak baik-baik dah dekat sebulan. Ryan plak kes 2 gigi depannya dah lama goyang tapi tak luruh lagi sudah sebulan dan kelihatan gusinya nampak terjongang sket. Saya yg takde cuti ni terpaksa ambik advance leave, terima kasihlah dekat boss saya yang memahami.. Oh yer, saya juga kena pergi ke outlet Shaklee kat Empire Subang untuk beli supplimen saya dan order utk kawan saya. So, diharapkan urusan ini Allah permudahkan.

Cik Somi saya sibuk dengan urusan kerja. Saya tahu saya kena uruskan anak2 sendiri. Sedikit pun saya tak marah dia sbb saya memahami tugas dia yang sangat berat. Atas semua benda dia dah provide untuk saya dan anak2, apa lagi saya nak pertikaikan. Saya hanya perlukan doanya untuk saya dan pergantungan saya kepada Allah atas urusan saya semoga Allah permudahkan. 

Selepas hantar Emran dan Erfan ke rumah Makcik Ziha, the babysitter, saya ke Klinik panel di Shah Alam. Syukur sbb saya mempunyai doktor panel yang sangat best. Semestinya utk ke SDMC, saya kena dapatkan refer letter from Doktor panel. In case, kalau teradmit so insurance akan accept hanya if ada refer letter. Kalau tak, saya kena bare 20% of the total cost of the hospitalisation. Mahal tuh.. Kalau cost spital RM1000 saya kena bayar another RM200 plus RM395 yang company takkan cover. 

Memandangkan 30 August, menjelang merdeka, orang tak ramai di hospital. Saya sangat happy. Semestinya urusan saya dipermudahkan. Ambik blood dapat result dalam 1 jam dan terus jumpa Doktor. Result blood Firman sangat menakutkan. Walaupun Firman kelihatan sihat tetapi INSIDE dirinya sangat bad sebab ia melibatkan buah pinggang. Berat dia skrang sudah 48kg. Dr kata, maybe 4kg saje ialah air. So, Firman dinasihatkan utk admit untuk proses buang air dalam badan melalui ubat bernama LASIX dan treatment untuk improve batuk dan selsema dia. Well, kalau dah kena admit saya kena lah arrange apa2 yang patut untuk 1) siapa akan teman Firman di hospital 2)Siapa nak jaga anak2 yang lain 3) Terbayang tugasan weekend saya di rumah.. baju2 yang kena lipat, basuh dan gosok.. 

So, akhirnya CIk Somi bersetuju utk teman Firman di hospital. Alhamdulillah. Saya plak akan arrange anak2 yang lain di rumah. So settle. Syukur Alhamdulillah. Firman maybe discharge hari Isnin dan Insya Allah, saya akan menemaninya selepas tu. Another advance leave la nampaknya. Takpela.. saya redo.. kalau saya tak uruskan anak2 saya dengan baik, saya takut saya menyesal dan menangis di kemudian hari. Syukur Alhamdulillah.. Well, walaupun orang lain sibuk weekend dengan open house sana sini, saya dan keluarga saya beraya dan merdeka di hospital saje. Takpe.. saya OK sbb dpt kurangkan penyumpang kesesakan lalu lintas di jalan raya gitu. 




Lepas settle admission Firman di hospital, saya ke Shaklee. ALhamdulillah.. di sana juga walaupun ramainya orang sbb closing date, saya dapat membeli produk saya dengan cepat. Sbbnya minah counter dekat situ macam sian tengok saya tercangak mcm org blur kan. Nasib baiklah masa tu Firman dan Ryan behave. Firman walaupun dah settle di hospital, saya ajak dia ikut saya sbb menunggu settle insurance ambik masa yang lama. Later, saya ke dentist. Saya plan pada asalnya nak ke area Puchong tapi sbb masa tak mengizinkan, tetiba saya terserempak dengan sebuah dentist yang dekat dgn Masjid Subang Jaya berdekatan dengan Subang Parade.. Belasah jelah. Kalau tak.. bila lagi nak pergi.

Ryan nampaknya berani dan redo sbb dah kena pysco dengan Mamanya, sbb yelah giginya dah kelihatan terrible sangat. Lepas doktor check gigi dia, doktor inform maybe gigi kekalnya tersangkut sbb besar. So, doktor inform untuk xray dan consult saya apa tindakan susulannya. So, lepas meniliti xray tersebut, obviously gigi kekalnya tersangkut dan dinasihati untuk mencabut 4 batang gigi demi untuk memberi laluan kepada 2 "gigi kapak" Ryan. Doktor kata, boleh je tak cabut another 2 tapi result akan menyebabkan gusinya ke depan dan jadi jongang. In the future kalau nak cantik kena buat braces... hahhaha.. sebijik macam saya. So, nak taknak.. saya agree. Alhamdulillah.. saya ditemukan dengan klinik pergigian yang bagus dan urusan di sini juga Allah permudahkan. Pandai doktor tu pujuk Ryan. Bagaimana Ryan boleh OK semasa cabut gigi tuh? Sebabnya kena bius dan dia mcm tak sedar diri sangat. Akhirnya selepas 1 jam di dentist, settle kes Ryan. Saya terus ke hospital untuk settlekan FIrman kemasukan ke wad.






Alhamdullillah.. settle semua apa yang saya dah plan pada hari tu. Selepas menunggu Cik Somi tiba di hospital around 11pm, saya dan Ryan terus ke rumah bbsitter untuk mengambil  Emran dan Erfan. Dan pada hari ini 31 Ogos, saya nak berehat seadanya. Terima Kasih Allah atas pertolongan dan kemudahannMU.

Alhamdulillah.. saya sihat. Saya ok. Saya berdoa selalu semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri saya sekeluarga. Amin.


I love my family!!!!

Comments