Emran ke sekolah?


Macam tak percaya Emran akan ke sekolah pada tahun depan. Hahahah. Kalau ikutkan Emran yang paling lambat saya masukkan ke sekolah berbanding dengan abang2nya. next year dia dah 5 tahun. Tapi bln 10 lah baru 5 tahun. Tahun ni pun kira masih baby lagi. Still pakai pampers. Bila la Emran nak diapers free? Nasib baik la diapers pun size L. Boleh share ngan Erfan. Ikutkan segala2 Emran dan Erfan ni share.. baju dan seluo pun. Susu pun. Hahahha.

Semalam saya ke Genius Aulad Taman Tasik Prima Puchong. Disebabkan rumah babysitter jauh, saya tidak masukkannya di GA Bandar Kinrara seperti Ryan. Kelak urusan transportation diuruskan oleh van. Sian Emran.. Mama berharap sangat Mama berhenti kerja dapat ambik dan hantar dan jaga semua anak2 Mama. Sian anak Mama terpaksa bersusah payah semua. Takpekan.. Anak2 Mama semua good boy. Beso esok Mama harap dapat berdikari sendiri ok. Jadi insan yang kuat dan tabah. Tengok Abang Firman dan Abang Ryan.. mereka macho skrang. Pandai bawak diri.. pandai jaga diri. Cuma Mama kena monitor dan bertanya selalu apa mereka buat setiap hari.

Citer pasal GA Tmn Tasik  Prima. Saya dah buat yuran booking. Cuma saya inform pihak sekolah yang saya terpaksa menghantar Emran lambat sekt maybe pada bulan 3 lepas saya habis berpantang. Then lepas discuss ngan pengetua sekolah tu, dia suruh saya masukkan Emran bulan 4 so that saya tak perlu bayar event fee beharga RM180. So, oklah. Hahhaha. Mana2 Genius Aulad kalau kita lambat daftar anak kita kebarangkalian utk penuh itu pasti. Atau anak2 akan dimasukkan ke kelas petang. Saya prefer anak2 saya sekolah pagi. 

Syukur Alhamdulillah atas segala2nya. Semoga Allah sentiasa memedahkan urusan saya sekeluarga. Amin.

Comments