Usaha tangga kejayaan.. In Shaa Allah

Sebak bila mendengar Ulangan Islam Itu Indah bersama Prof Muhaya. Terima kasih Ya Allah kerana izinkan saya mendengar ceramahnya. Banyak kata2 yang menggetarkan jiwa saya dan merungkai permasalahan yang melanda.  Terasa diri ini serba kekurangan yg amat sangat. 

Perkara yang menyentuh jiwa saya ialah berkenaan menjaga anak2. Ada seorang caller bertanya ttg keutamaan seorang suri rumah yg kena menjaga anak2 dan keluarga di samping berniaga di rumah. Suaminya tidak menggalakkan dia bekerja dan berniaga kerana ini mungkin akan hilang fokus dlm mendidik anak2. Dan Prof Muhaya agree dgn statement suaminya. Dan hati saya masya'Allah.. betullah itu. Kalau ikutkan saya lah.. saya kalau disuruh berhenti kerja, mmg saya akan commit dalam menjaga anak2. Saya tidak akan fokus kepada perkara lain. Saya berdoa banyak2 semoga Allah memberi rezeki melalui suami saya.

Tetapi buat masa ini, saya pun tak tahu ada juga halangan yg buatkan saya tidak boleh berhenti kerja lagi. Saya cuma terfikir mungkin rezeki babysitter saya melalui saya. Banyak lagi saya fikir. Tapi takpela.. saya akan terus bekerja selagi diperlukan. Bagi saya it's ok.. ikut office hour. Saya akan commit waktu pejabat dan bila balik rumah saya commit dgn hal rumah tangga saya. Namun saya sedar, duduk di KL ni banyak dugaannya.  Bukan senang sebenarnya.. tapi saya akan terus berjuang!!! Saya berdoa semoga Allah memudahkan urusan hidup saya sekeluarga.

Dengar sini.



Comments