Ceritaku pada bulan Ramadhan

Alhamdulillah..minggu ni kandungan saya sudah 15 weeks. So far, nausea dan mabuk dah kurang. Energy sudah makin ok. Saya mampu buat kerja dgn jayanya mcm biasa. 

Setiap hari, saya akan bangun pagi seawal pkl 4am. Then, pd pkl 6am sy sudah prepare utk ke pejabat sbb nak kejar waktu office pada bln ramadhan pd pkl 7am. Sebabnya pkl 4.35pm, sy dah boleh pulang. Pada bulan puasa, if cik suami ada buka puasa di luar, sy la kena ambik semua anak2. So, termasuk jalan jam semua lebih kurang pkl 6.30pm baru sampai rumah. Baru nak solat Asar semua. Kalau cik suami ada, Insya Allah sebelum pkl 6 dah sampai rumah. 

Masya Allah... saya dpt rasa betapa benarnya MASA ITU EMAS. Saya ni kalau balik kerja, mmg non stop buat kerja rumah. Kadang2 terpaksa la panggil Firman utk tolong. Sampai Firman kalau tengok Mama penat sangat, dia tolong mandikan adik2 dia. Bolehla tolong apa2 yg patut. Beruntung jugak bila anak dah besar sket. Boleh mintak tolong. Tapi kalau Ryan, takleh harap sangat. Boleh tolong marah aje nampaknya.. hahahah. 

Si kecik Erfan skrang, sudah 15 bulan tapi sebab dia ada ramai idola2nya, perangai dia dah macam budak besar. Dia dah boleh faham dan cakap sket2 apa yg dia nak. Minum, makan, mandi. etc. Cuma paling tak tahan, dia suka buat sepah. Sama macam Emran. Dalam tempoh sy buat kerja tuh, adalah kisah makanan berterabur, air tumpah, etc. Penat rasa!! Adakala saya boleh buat cool and steady. Adakalanya, saya marah dan menjerit mcm tarzan. Uwaaaa..!!! Tak habis2 istigfar saya ni.. banyak la dosa saya mengamuk2 ni kan. Ok tarik nafas hembus.. 


 Ini adalah keadaan bila saya kata.. jom ambik gambar. 

 Bila dah ambik gambar, ini dia aktiviti mereka tengah malam. Saya duduk atas katil buat bodo je. Kalau ada sapa yg menangis, Mama nak tutup tinga boleh? Hahahha.


Pada hari Selasa yang lepas, seawal pkl 730am saya memenuhi 3 appointments. Bermula dengan test glukose di Klinik kesihatan. Pkl 11am, 1st time check up bersama Dr Hamidah di Hospital Putrajaya dan terakhir pkl 3pm, appointment dgn Dr Jurina di Columbia Hospital Puchong. Sememangnya, berdoa banyak2 saya semoga urusan dipermudahkan. 

Hospital Putrajaya mengembalikan nostalgia saya semasa melahirkan Firman. Saya message cik suami saya, "2003 - 2013. I return to Putrajaya Hospital. Hope this is the last one." Ntah.. sebak plak rasa masa message tu.   Sepanjang perjalanan saya ke hospital ini, saya teringat saat2 saya menguruskan check up saya dengan pelbagai jenis hospital dan klinik utk semua anak2 saya. Bermula kejahilan saya dengan anak pertama dan seterusnya saya memilih untuk memudahkan urusan saya dengan memilih private hospital. Dan kali ini, saya memilih semula cara yang agak sukar tp takdelah sukar mana pun. Dulu urusan saya mudah, tetapi kos perbelanjaannya tinggi. Kali ini, saya memilih kos perbelanjaan yang murah bersama sedikit pengalaman kesukaran yang sangat adventerous. Namun aim saya satu, mendapat rawatan hanya drpd doktor pakar perempuan sahaja. Yes, dulu saya menerima drpd doktor pakar lelaki kecuali Firman yg disambut oleh bidan or nurse di hospital putrajaya. Saya berharap, pregnancy saya kali ni membawa seribu pengalaman yang bermakna buat diri saya. Saya tak kisah menunggu.. saya tak kisah berdepan dengan pelbagai kerenah manusia.. Well, saya rasa ianya pengajaran drpd Allah. Allah nak didik saya sesuatu and pasti Allah ada reason kenapa memberi sy anak lagi dlm masa terdekat ini.

Saya memilih FPP skim - Full Paying Patient untuk treatment saya di Hospital Putrajaya bersama Dr Hamidah. Selepas google dan tawakal semua, saya rasa OK dengan skim ini. Alhamdulillah, saya merealisasikan impian cik somi saya.  So, pada hari tu saya just bayar RM110 utk registration fee dan seterusnya rawatan berjumpa doktor hanya RM51. Bayangkan kalau private hospital, saya tahu saya kena prepare RM200 sebulan setiap kali appointment. Alhamdulillah. Saya rasa 5 Ogos ini maybe appointment sy yg terakhir di Klinik Kesihatan Puchong. Boleh je kalau nak pegi lagi. Tapi sebulan 2 kali pergi check up terasa melampau la plak. Hahhaha. Alhamdulillah.. Allah banyak mudahkan urusan saya. Oh yer.. saya ni tak kisah yer kalau cik somi saya tak teman saya. Saya rasa sepanjang saya pregnant, berapa kali je dia teman saya. Tapi Alhamdulillah, kalau beranak dialah orang pertama paling sibuk menguruskan saya. So, saya tak kisah. Saya tak jeolous pada mereka yang pergi check up bersama suami mereka. Saya lebih tension kalau suami saya teman nanti mulut dia bising sebab boring. Hahahha.

 Bagi saya, buku ini ialah rekod kesihatan saya yang paling detail yg saya pernah ada. Buku rekod saya yg dulu2 mana ntahlah saya simpan. 


Ok... Citer preparation Raya plak. Mula2 ingat, aaahh malaslah nak siap2 untuk Raya ni. Pakai jelah apa yg ada. Tapi memanglah. No tema pada tahun ini. TEMA PELANGI ok. Hahahha. Saya plan nak siapkan baju2 anak2 saya dan suami saya sebelum 10 terakhir Ramadhan ni. Saya bkk almari dan recycle baju2 melayu budak2 ni. Alahai banyaknya la baju melayu. Bukan buruk pun. Ok.. now, kita perturunkan baju2 ini semua kepada adik2. Nasib baiklah ada baju melayu 2 pasang untuk Firman tempah masa wedding adik lelaki saya pd tahun lepas. Tapi sian sket, testing ke Emran bajunya sedikit singkat. Ala.. belasah je la kan. Cuma macam baju untuk dipakaikan ke Erfan, besar la plak. So, apa2 pun saya nak jahit la sket kat bahagian kaki dan lengan. Kot saya malas nanti, lipat jelah ekk. Apa yg tak de lagi ye... Ye songkok!! Jom kita ke Mydin USJ. 







Tara... comel tak saya? 1st songkok tau Mama beli kat saya.. 

Bab songkok pun kena plan. Kena sukat kepala 4 orang anak. Firman dan Ryan udah tau sizenya sbb tgk ukuran songkok sekolah agama mereka. Yang 2 kecik ni kena bawak dan test. 

Oklah, ada 2 weekend lagi saya nak prepare semua persiapan baju raya anak2 saya. Takde baru semua, semua recycle. Yang penting saya kena prepare dan masuk dlm beg. Ala.. just pakai pada hari raya saje. Ooohhh ye, 1st day Aidilfitri ini In Shaa Allah kami akan ke Kuala Krai, Kelantan dulu. Ni pun, saya kena fikir gak preparation perjalanan yang memakan masa 7 jam ke atas ni. 


Ni saya tengah rajin nak menulis. Nanti mesti saya bersawang lama la plak ntah bila nak tulis. Mama busy sangat la. Katalah tak sempat nak wish Hari Raya.. saya wish siap2 lah ekk kat semua readers saya. Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan Batin...  Ada peminat ke blog saya ni. Saya tulis pun sbb syok sendiri. Belasah je.. Ehh.. takpelah, nanti saya blog yg lain la plak yer. Harap2 sempat gitu. Nak seribu daya kan.. Hahhaha.

Apa2 pun, yang penting selamat beribadah ye kawan2. Ada 19 hari lagi untuk kita memaksimumkan ibadah kita. Saya nie pun sdg berusaha bersungguh2 apa2 yg ptt. Mmg ada yg tak sempat sbb MASA sangat mencemburui saya. Maka saya ambil masa sy dengan bertasbih dan mendengar Al-Quran di dalam kereta. Saya cuba sedaya upaya saya untuk improve dan meningkatkan lagi amalan saya. Saya akan cuba... 

Ya Allah berilah daku kekuatan semoga aku dapat menjalankan tugasku sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan terutamanya sebagai hambaMU, Ya Allah. permudahkanlah urusanku dan bantulah diriku Ya Allah. Aku tidak terdaya dan aku sangat mengharapkan kekuatan dan pertolongan MU Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin. 

Comments

Post a Comment