Ujian Kesabaran






Punyalah semangat. Punyalah ingat dah masuk pertandingan. Hahahhaha.. Semangatnya sbb sanggup bersusah payah half day pagi tadi sbb nak pi Tesco Cheras. Sebabnya juga petang semalam, pihak TESCO call saya sbb saya terpilih utk join contest Pick & Win. Orang tu kata.. mai pukul 8.30am. Siap cakap kat somiku... Tolong doakan saya yer... Hahahhaha. Saya mula terbayang ok.. hantar anak dan rempuh jem kat MRR2. Terbayang jem di Bandar Tasik Selatan. Ooohh takpe.. kalau ada rezeki saya kat situ mesti Allah permudahkan. Chee wah semangat!!!

Satu yang paling best.. saya mintak EL kat BOSS. Ya Allah terharu bila BOSS reply "OK EL APPROVE". Saya tak tipu dia.. saya kata saya nak cuti sbb nak masuk contest TESCO. Takut sebenonya... sbb dahla last week coti seminggu sebab sakit. Ni nak cuti sbb nak masuk contest. Adoila... belasah jelah. SEMANGAT punya pasal kan... 

Roper2nya sampai sana,  isi nama dlm satu form warna oren. Orang yg isi nama tu boleh la tahan ramai. Nak pilih 12 orang je. Takpela ... tawakal.. kalau ada rezeki adalah. Tunggu lagi... Pkl 10.30am, saya pun tunggu.. depa cabut undi satu persatu. PASRAH! Aaarrrggghhh!!! Tapi takpe.. saya nak habaq kat diri saya.. "JA, rezeki ALLAH bagi. Kalau Ja tak menang.. itu rezeki orang. Allah sebaik2 pengatur. It's OK.. " Chee wah.. konon ada bisikan di telinga kanan dok habaq positif kat saya. Tunggu... penganjur kata.. tunggu sampai habis majlis.. maybe anda bertuah utk memenangi cabutan IPAD MINI. Tunggu lagi.. dengan penuh harapan. Hahahhaha. OKlah.. dipendekkan citer sampai habis majlis saya tak menang apa2. Dapatlah voucher RM30 shopping online. Syukur jugakkan. Takpe... jadilah nak beli susu budak2. Kot dapat beli kat sorang anak jelah. hahahha. 

Di akhir majlis tuh, sbb tak menang IPAD saya pun balik. Takde mood nak makan kat situ walaupun depa hidang makanan. Kakakkaka.. Konon frust la tuh. 



Ooohh inilah dia reason kenapa TESCO call saya untuk pergi ke TESCO CHERAS sempena launching ONLINE SHOPPING. OKLa.. memang sangat convenient. Kan saya cuti seminggu last week. Sbb itulah saya saje menggatalkan tangan order grocesseries secara online. Alasan xleh keluo rumah sbb sakitkan. Tapi mmg best. Ni ada vchr RM30.. bolehlah buat lagi. Tgklah boleh deliver Sabtu ni ker. 

Apa2 pun lah kan.. saya ok. Saya mmg dah lama tak buat keje2 camni. Dulu saya pernah masuk Roda Impian. Dan mcm2 contest saya masuk. Ada saya pernah menang.. dan ada saya tak menang apa2 pun. Takpe.. Tapi kali ini saya didik hati saya mcm2. Mungkin kalau kita menang, hati kita jadi lain. Saya ingatkan diri saya banyak perkara. Alhamdulillah.. saya balik dengan hati yg tenang. Hadiah SABAR itu adalah lebih bermakna... hihihiii. 

Comments

  1. tak pe tak dapat hadiah..yang penting kita enjoiii..heee
    bt aktiviti cam ni kdg2 seronok jugk..=)

    ReplyDelete
  2. owh penah masuk roda impian eh, tahun bila tu? sebab angah pun penah masuk tahun 2001

    ReplyDelete

Post a Comment