Anak-anak saya



Saya gembira dan bersyukur kerana dapat merakam gambar anak2 saya ni malam tadi. Mereka berkumpul bersama.. mereka bermain bersama. Yang saya rasa tenang, bila mereka tidak bergaduh. Allahu Akhbar.. pada masa tu saya bersyukur sangat kepada Allah. Alhamdulillah. Terdetik dalam hati saya.. Allah bagi nikmat kepada saya memberi saya peluang melihat mereka sayang menyayangi sesama mereka. 

Sudah pasti, mereka merasa happy sbb cuti sekolah. Mereka juga tidak stress untuk bangun pergi ke sekolah pada esok hari. Mereka tidak dipaksa oleh saya untuk tidur awal atau sibuk membuat kerja sekolah. Seharian mereka sangat bahagia tanpa memikirkan apa2. Yang mereka mahu ialah balik rumah selepas seharian di rumah bbsitter dan main game. Tak kisahlah ipad ke.. iphone ke.. sbb saya melarang mereka bermain XBOX during weekdays.

Nampaknya sekolah akan buka seperti biasa pada minggu hadapan. Rutin biasa akan bermula juga . Maka saya pun akan jadi sibuk juga. Tidak lupa juga.. mengadap traffic jem.. uuwaaa.

Comments

  1. betul tu..minggu depan dah nak sek..semua nya hero2 ni..hee

    ReplyDelete
  2. Bermula minggu depan. Dania sama sra dgn anak ja ;) dania sra pagi. Ada sama ngan firman ke?

    ReplyDelete
  3. Zara - hahahaha.. hero.
    Ena - Firman SRA Petang.. Dania skolah Bkt Jalil kah?

    ReplyDelete

Post a Comment